My bookmarksSign up free
← Public Order (Preservation) Act 1958

Public Order (Preservation) Act 1958 s 7

Public Order (Preservation) Act 1958 s 7

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 7 Perintah berkurung

(1) Dalam mana-mana kawasan diproklamasi, Menteri, Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah menghendaki tiap-tiap orang dalam kawasan itu atau mana-mana bahagiannya supaya berada dalam rumah di antara apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu melainkan jika memiliki suatu permit bertulis bagi maksud itu yang dikeluarkan oleh Menteri atau oleh seorang pegawai polis yang berpangkat SubInspektor atau lebih tinggi oleh mana-mana pegawai awam yang di beri kuasa bertulis oleh Menteri, seorang Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis untuk mengeluarkan permit tersebut. (2) Tiada perintah di bawah seksyen ini terpakai bagi– (a) yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri; (b) mana-mana pegawai polis atau mana-mana anggota mana-mana angkatan laut, tentera atau udara yang ditubuhkan atau berkhidmat di Malaysia apabila bertugas; atau (c) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan daripada perintah itu oleh Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis. (3) Kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis: Dengan syarat bahawa tiada perintah yang dibuat menurut subseksyen ini boleh menjadi sah setelah habisnya tempoh dua puluh empat jam dari masa ia dibuat melainkan jika disahkan oleh Ketua Pegawai Polis. (4) Menteri boleh mengubah atau membatalkan apa-apa perintah yang dibuat oleh seorang pegawai polis pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1).

Read this section in the full act →

Find Act 296 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next