My bookmarksSign up free
← Public Order (Preservation) Act 1958

Public Order (Preservation) Act 1958 s 8

Public Order (Preservation) Act 1958 s 8

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 8 Pengusiran orang

(1) Dalam mana-mana kawasan diproklamasi seorang Ketua Pegawai Polis atau seorang Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah mengusir semua orang atau mana-mana golongan orang dari mana-mana kawasan dalam Daerah Polis atau Daerah-Daerah Polis di bawah jagaannya atau dari mana-mana tempat atau bangunan di dalamnya dan boleh menghendaki mana-mana orang yang berada dalam kawasan atau tempat atau bangunan itu mematuhi arahan bagi mengawal selia pergerakan dan kelakuannya sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis itu. (2) Mana-mana pegawai polis boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki, atau cuba memasuki, atau berada dalam, suatu kawasan, tempat atau bangunan, yang berkenaan dengannya suatu perintah di bawah subseksyen (1) sedang berkuat kuasa dan boleh menahan mana-mana orang itu bagi maksud memeriksanya: Dengan syarat bahawa tiada perempuan boleh diperiksa di bawah subseksyen ini kecuali oleh seorang perempuan. (3) Jika mana-mana orang semasa dalam sesuatu kawasan, tempat atau bangunan yang berkenaan dengannya suatu perintah di bawah subseksyen (1) sedang berkuat kuasa gagal mematuhi perintah itu atau mana-mana arahan yang diberi di bawahnya maka, tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadapnya, dia boleh dikeluarkan dari kawasan, tempat atau bangunan itu oleh seorang pegawai polis. (4) Kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis. (5) Menteri boleh membuat suatu perintah dan boleh mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat oleh seorang Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) pegawai polis pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1).

Read this section in the full act →

Find Act 296 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next