s 44 Liability for nuclear damage from nuclear material in transit
(1) Where nuclear material is being carried through Malaysia in transit on its way to its intended destination outside Malaysia and a nuclear incident occurs in Malaysia, the person licensed to transport the nuclear material by the competent authority in the country from which the nuclear material is being carried out of shall be liable for any nuclear damage caused.
(2) No person shall carry any nuclear material in transit through Malaysia to its intended destination outside Malaysia unless such person—
(a) furnishes such financial security as may be required by the Board; and
(b) furnishes proof to the satisfaction of the Board that he is authorized by the country from which the nuclear material is being carried out of so to do.
Malay text (authoritative)
Liabiliti terhadap kerosakan nuklear dari bahan nuklear dalam transit
(1) Jika bahan nuklear sedang dibawa melalui Malaysia dalam transit ke destinasi yang dicadangkannya di luar Malaysia dan suatu insiden nuklear berlaku di Malaysia, maka orang yang dilesen bagi mengangkut bahan nuklear itu oleh pihak berkuasa kompeten di negara dari mana bahan nuklear itu dibawa keluar adalah bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan nuklear yang berlaku itu.
(2) Tiada seorang pun boleh membawa bahan nuklear dalam transit melalui Malaysia ke destinasi yang dicadangkannya di luar Malaysia melainkan jika orang itu—
(a) memberi apa-apa jaminan kewangan sebagaimana dikehendaki oleh Lembaga; dan
(b) memberi bukti yang memuaskan kepada Lembaga bahawa dia diberi kuasa berbuat demikian oleh negara dari mana bahan nuklear itu sedang dibawa keluar.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).