(1) The installation operator shall be liable for nuclear damage upon proof that such damage has been caused by a nuclear incident—
(a) in his nuclear installation; or
(b) involving nuclear material coming from or originating in his nuclear installation, and occurring—
(i) before liability with regard to the nuclear incident involving the nuclear material has been assumed, pursuant to the express terms of a contract in writing, by another installation operator; or
(ii) in the absence of such express terms, before another installation operator has taken charge of the nuclear material; or
(c) involving nuclear material sent to his nuclear installation, and occurring—
(i) after liability with regard to a nuclear incident involving the nuclear material has been assumed by him, pursuant to the express terms of a contract in writing, from another installation operator; or
(ii) in the absence of such express terms, after he has taken charge of the nuclear material:
Provided that if nuclear damage is caused by a nuclear incident occurring in a nuclear installation and involving nuclear material stored therein incidental to the carriage of such material, paragraph
(a) shall not apply where another installation operator or any other person is solely liable as provided in paragraph (b) or (c).
(2) The installation operator shall be liable for such nuclear damage upon proof that the damage has been caused by a nuclear incident involving nuclear material in the course of carriage—
(a) to his nuclear installation from a place outside Malaysia from the time that the conveyance in which the nuclear material is carried enters Malaysia; or
(b) from his nuclear installation to a place outside Malaysia up to the time that the conveyance in which the nuclear material is carried leaves Malaysia.
(3) Subsection (2) shall not apply where—
(a) there is any bilateral or multilateral arrangement to the contrary between the Government of Malaysia and the government of the country from which or to which the nuclear material is carried; or
(b) there is any applicable provision in force to the contrary in an international convention to which the Government of Malaysia and the government of the country from which or to which the nuclear material is carried are parties;
and where there is such arrangement or convention to the contrary in force, the liability of the installation operator and all other persons shall be determined in accordance therewith.
Malay text (authoritative)
Liabiliti pengendali pepasangan
(1) Pengendali pepasangan adalah bertanggungan terhadap kerosakan nuklear apabila dibuktikan bahawa kerosakan itu telah disebabkan oleh insiden nuklear—
(a) dalam pepasangan nuklearnya; atau
(b) yang melibatkan bahan nuklear yang datang atau berasal dari pepasangan nuklearnya, dan berlaku
(i) sebelum liabiliti mengenai insiden nuklear yang melibatkan bahan nuklear itu diambil alih, menurut syarat nyata suatu kontrak secara bertulis, oleh seorang pengendali pepasangan yang lain; atau
(ii) jika tidak adanya syarat nyata yang sedemikian itu, selepas seorang pengendali pepasangan yang lain mengambil alih jagaan bahan nuklear itu; atau
(c) yang melibatkan bahan nuklear yang dihantar ke pepasangan nuklearnya, dan berlaku—
(i) selepas liabiliti mengenai insiden nuklear yang melibatkan bahan nuklear telah diambil alih olehnya, menurut terma nyata suatu kontrak secara bertulis, dari seorang pengendali pepasangan yang lain; atau
(ii) jika tidak adanya syarat nyata yang sedemikian itu, selepas dia mengambil alih jagaan bahan nuklear itu:
Dengan syarat bahawa jika kerosakan nuklear itu disebabkan oleh suatu insiden nuklear yang berlaku dalam suatu pepasangan nuklear dan melibatkan bahan nuklear yang distor bersampingan dengan pengangkutan bahan itu, perenggan (a) tidak terpakai jika seorang pengendali pepasangan yang lain atau mana-mana orang yang lain itu sendiri adalah bertanggungan sebagaimana diperuntukkan dalam perenggan (b) atau (c).
(2) Pengendali pepasangan adalah bertanggungan terhadap kerosakan nuklear apabila dibuktikan bahawa kerosakan itu telah disebabkan oleh suatu insiden nuklear yang melibatkan bahan nuklear yang sedang dibawa–
(a) ke pepasangan nuklearnya dari suatu tempat yang terletak di luar Malaysia dari masa kenderaan yang membawa bahan nuklear itu memasuki Malaysia; atau
(b) dari pepasangan nuklearnya ke suatu tempat di luar Malaysia hingga kepada masa kenderaan yang membawa bahan nuklear itu meninggalkan Malaysia
(3) Subseksyen (2) tidak terpakai jika –
(a) ada perkiraan dwipihak atau berbilang pihak yang berlawanan antara Kerajaan Malaysia dan kerajaan negara dari mana atau ke mana bahan nuklear itu dibawa; atau
(b) ada apa-apa peruntukan yang berkuat kuasa dan berlawanan dalam suatu konvensyen antarabangsa yang Kerajaan Malaysia dan kerajaan negara dari mana atau ke mana bahan nuklear itu dibawa adalah menjadi pihak;
Dan jika ada perkiraan atau konvensyen sedemikian yang berlawanan yang berkuat kuasa, maka liabiliti pengendali pepasangan dan semua orang yang lain hendaklah ditetapkan menurutnya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).