Atomic Energy Licensing Act 1984 s 58
s 58 Compulsory examination and treatment
(1) After the occurrence of a nuclear incident, the Board may adopt such measures as are appropriate to determine the persons who were or might have been exposed to ionizing radiation resulting from such nuclear incident.
(2) Notwithstanding any law to the contrary and for the purposes of carrying into effect the measures referred to in subsection (1), the Board may—
(a) require any person suspected or likely to be affected by exposure to ionizing radiation to be medically examined by a competent authority or body appointed by the Minister;
(b) cause any such person to be removed to a hospital or other place specially designated for the treatment, detection or observation of any nuclear damage to such person, and to detain such person until he can be discharged without danger to himself or others; or
(c) cause a post-mortem examination to be made on any corpse where the death is suspected to have been caused by a nuclear incident or exposure to ionizing radiation.
(3) Any person who refuses, fails or neglects to submit for examination, treatment, detection or observation under this section or refuses or obstructs the post-mortem examination of a corpse under this section commits an offence and is, on conviction, liable to imprisonment for a term not exceeding one month or a fine not exceeding two hundred ringgit or both.
Malay text (authoritative)
Pemeriksaan dan rawatan paksa
(1) Selepas berlakunya sesuatu insiden nuklear, Lembaga boleh mengambil langkah yang sesuai bagi menentukan orang yang telah atau mungkin telah terdedah kepada sinaran mengion akibat daripada insiden nuklear itu.
(2) Walau apa pun undang-undang yang berlawanan dan bagi maksud menguatkuasakan langkah yang disebutkan dalam subseksyen (1), Lembaga boleh―
(a) menghendaki mana-mana orang yang disyaki terdedah atau mungkin terdedah kepada sinaran mengion supaya diperiksa doktor oleh pihak berkuasa atau badan kompeten yang dilantik oleh Menteri;
(b) menyebabkan mana-mana orang itu dibawa ke hospital atau ke tempat lain yang dikhaskan untuk merawat, mengesan atau memerhatikan apa-apa kerosakan nuklear kepada orang tersebut, dan menahan orang tersebut sehingga dia boleh dilepaskan tanpa mendatangkan bahaya kepada dirinya atau orang lain; atau
(c) menyebabkan suatu pemeriksaan post-mortem dilakukan ke atas mana-mana mayat jika kematian disyaki telah disebabkan oleh suatu insiden nuklear atau pendedahan kepada sinaran mengion.
(3) Mana-mana orang yang enggan, tidak atau cuai mematuhi pemeriksaan, rawatan, pengesanan atau pemerhatian di bawah seksyen ini atau enggan atau menghalang pemeriksaan post-mortem ke atas mayat, di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau denda tidak melebihi dua ratus ringgit atau kedua-duanya.
Read this section in the full act → · Open Part IX →
Find Act 304 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).