(1) No licence to operate a nuclear installation or to import or export nuclear material into or from Malaysia shall be issued under this Act by the appropriate authority to an installation operator or any other person unless the installation operator or other person secures and maintains insurance or other financial security covering his liability for nuclear damage under this Act.
(2) The Board shall prescribe the type and terms of the insurance or other financial security which shall be secured and maintained by the installation operator or any other person, and such insurance or other financial security may include private insurance, private contractual indemnity, self-insurance or a combination thereof or other evidence of financial ability to pay compensation under this Act.
(3) Notwithstanding any law to the contrary, no insurer or other financial guarantor may suspend, cancel or vary the type and terms of the insurance or other financial security provided under this section without giving notice in writing of at least two months to the Board of its intention so to do or, in so far as such insurance or other financial security relates to the carriage of nuclear material, during the period of the carriage in question.
Malay text (authoritative)
Jaminan kewangan
(1) Tiada apa-apa lesen untuk mengendalikan suatu pepasangan nuklear atau mengimport atau mengeksport bahan nuklear ke Malaysia atau dari Malaysia boleh dikeluarkan di bawah Akta ini oleh pihak berkuasa berkenaan kepada seorang pengendali pepasangan atau mana-mana orang lain melainkan jika pengendali pepasangan atau orang lain menjamin dan menyenggara insurans atau jaminan kewangan lain yang meliputi liabilitinya terhadap kerosakan nuklear di bawah Akta ini.
(2) Lembaga hendaklah menetapkan jenis dan terma insurans atau jaminan kewangan lain yang hendaklah dijaminkan atau disenggarakan oleh pengendali pepasangan atau mana-mana orang lain, dan insurans atau jaminan kewangan lain itu yang boleh termasuk insurans persendirian, tanggung rugi kontrak persendirian, insurans diri atau gabungan daripadanya atau keterangan lain mengenai keupayaan kewangan bagi membayar pampasan di bawah Akta ini.
(3) Walau apa pun undang-undang yang berlawanan tiada seorang pun penanggung insurans atau penggerenti kewangan lain boleh menggantung, membatal atau mengubah jenis dan terma-terma insurans atau jaminan kewangan lain yang diadakan di bawah seksyen ini tanpa memberi sekurang-kurangnya dua bulan notis bertulis kepada Lembaga tentang niatnya untuk berbuat demikian, atau setakat mana insurans atau jaminan kewangan lain itu berkaitan dengan membawa bahan nuklear, dalam tempoh pembawaan yang berkenaan itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).