(1) The Minister may make regulations to carry out the purposes of this Act.
(2) In particular and without prejudice to the generality of the foregoing power, such regulations may provide for all or any of the following matters:
(a) the operation, management and supervision of child care centres;
(b) the duties and responsibilities of persons registered in respect of child care centres;
(c) the qualifications, experience, appointment, duties, responsibilities and discipline of persons for the purposes of the operation, management and supervision of child care centres;
(d) the health and nutrition care of the children cared for in child care centres;
(e) the registration of child minders employed in
Child Care Centre
child care centres;
(f) the keeping and maintenance of such registers pertaining to children, in such form as the Minister deems fit;
(g) the prescribing of the minimum requirements for child care centres to be used for the reception of children and to provide for the minimum sanitary requirements, water supplies and other matters pertaining to health in respect of such buildings;
(h) the prescribing of the minimum equipment;
(i) the prescribing of forms to be used and the information to be furnished for any of the purposes of this Act;
(j) the granting of certificates and the issue of copies of the certificates in the case of the certificates being lost or destroyed;
(k) the fees to be paid under this Act;
(l) the prescription of anything which is required to be or which may be prescribed under the Act.
Malay text (authoritative)
Peraturan-peraturan
(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menjalankan maksud Akta ini.
(2) Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan bagi semua atau apa-apa perkara yang berikut—
(a) penjalanan, pengurusan dan penyeliaan taman asuhan kanak-kanak;
(b) tugas dan tanggungjawab orang-orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak;
(c) kelayakan, pengalaman, perlantikan, tugas, tanggungjawab dan disiplin orang bagi maksud penjalanan, pengurusan dan penyeliaan taman asuhan kanak-kanak;
(d) penjagaan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak yang dijaga di taman asuhan kanak-kanak;
(e) pendaftaran penjaga kanak-kanak yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak;
(f) penyimpanan dan penyenggaraan apa-apa daftar mengenai kanak-kanak, dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Menteri;
(g) penetapan kehendak minimum bagi taman asuhan kanak-kanak untuk digunakan bagi penerimaan masuk kanak-kanak dan peruntukan bagi mengadakan keperluan kebersihan minimum, bekalan air dan perkara lain mengenai kesihatan berhubungan dengan bangunan itu;
(h) penetapan kelengkapan minimum;
(i) penetapan borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendak diberikan bagi mana-mana maksud Akta ini;
(j) pemberian perakuan dan pengeluaran salinan perakuan dalam hal perakuan yang hilang atau musnah;
(k) fi yang hendak dibayar di bawah Akta ini;
(l) penetapan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.
Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).