My bookmarksSign up free
← National Forestry Act 1984

National Forestry Act 1984 s 100B

National Forestry Act 1984 s 100B

s 100B Protection of informers

(1) Except as hereinafter provided, no witness in any civil or criminal proceedings shall be obliged or permitted to disclose the name or address of an informer or the substance and nature of the information received from him or to state any matter which might lead to his discovery. (2) If any books, documents or papers which are in evidence or are liable to inspection in any civil or criminal proceedings contain any entry in which any informer is named or described or which might lead to his discovery, the court shall cause all such passages to be concealed from view or to be obliterated so far only as may be necessary to protect the informer from discovery. (3) If on trial for any offence against this Act the court after full inquiry into the case believes that the informer wilfully made in his complaint a material statement which he knew or believed to be false or did not believe to be true, or if in any other proceedings the court is of opinion that justice cannot be fully done between the parties thereto without the discovery of the informer, it shall be lawful for the court to require the production of the original complaint, if in writing, and permit inquiry, and require full disclosure concerning the informer.

Malay text (authoritative)

Perlindungan pemberi maklumat

(1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa dirinya diketahui. (2) Jika apa-apa buku, dokumen atau surat yang di bawah keterangan atau yang boleh diperiksa, dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah, mengandungi apa-apa catatan yang menamakan atau memperihalkan pemberi maklumat atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan tersebut disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat mana ia perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui. (3) Jika dalam perbicaraan mana-mana kesalahan terhadap Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh atas kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah adalah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak terhadap prosiding itu tanpa identiti pemberi maklumat diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal jika bertulis dikemukakan, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 313 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next