My bookmarksSign up free
← National Forestry Act 1984

National Forestry Act 1984 s 101

National Forestry Act 1984 s 101

s 101 Compounding of offences

(1) Subject to subsection (2), the Director may compound any offence under this Act except any offence under section 86 or 107 by making a written offer to such person to compound the offence upon payment to the Director of such amount not exceeding the maximum fine for that offence within such time as may be specified in the offer. (2) The offence which may be compounded under subsection (1) shall only be in respect of an offence committed for the first time. (3) Where the offence committed involves the taking of forest produce under section 15 or 40, the Director may, if he thinks fit, in addition to the amount payable under subsection (1), require such person to pay to the State Authority— (a) a sum not exceeding ten times the royalty, premium and cess of such forest produce; (b) a sum not exceeding ten times the value of such forest produce; (c) the costs of repairing any damage in respect of the offence committed; and (d) any other charges payable to the State Authority. (4) In compounding any offence under subsection (1), any thing seized under this Act shall be forfeited and disposed of in accordance with the direction of the Director. (5) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and where the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Director may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time thereafter against the person to whom the offer was made. (6) Where an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall thereafter be instituted in respect of such offence against the person to whom the offer to compound was made.

Malay text (authoritative)

Pengkompaunan kesalahan

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Pengarah boleh mengkompaunkan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini kecuali apa-apa kesalahan di bawah seksyen 86 atau 107 dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengarah suatu amaun yang tidak melebihi denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu. (2) Kesalahan yang boleh dikompaunkan di bawah subseksyen (1) hendaklah berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan bagi kali pertama sahaja. (3) Jika kesalahan yang dilakukan melibatkan pengambilan hasil hutan di bawah seksyen 15 atau 40, Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, sebagai tambahan kepada amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), menghendaki orang itu membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri— (a) sejumlah wang tidak melebihi sepuluh kali ganda royalti, premium dan ses hasil hutan itu; (b) sejumlah wang tidak melebihi sepuluh kali ganda nilai hasil hutan itu; (c) kos membaiki apa-apa kerosakan berkenaan dengan kesalahan yang telah dilakukan; dan (d) apa-apa caj lain yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri. (4) Pada mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah subseksyen (1), apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini hendaklah dilucuthakkan dan dilupuskan mengikut arahan Pengarah. (5) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (6) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), maka tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu dibuat.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 313 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next