In any proceedings for an offence under this Act, in so far as it may be necessary to establish the offence charged, it shall be presumed until the contrary is proven—
(a) that any forest produce is the property of the State Authority;
(b) that any map, plan or chart purporting to be made by the authority of the Director is so made and accurate;
(c) that any mark placed on any tree, timber or any boundary mark of an area under a licence or permit within a permanent reserved forest or State land placed by or under the authority of a forest officer has been so placed and is accurate;
(d) that any person found within a permanent reserved forest or State land in possession of any forest produce has taken or removed such forest produce without a licence or permit issued under this Act; and
(e) that any person found within a permanent reserved forest or State land in possession of any machine, equipment or conveyance as specified in the Sixth Schedule intends to take or remove any forest produce.
Malay text (authoritative)
Anggapan
(1) Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, setakat mana ia mungkin perlu untuk membuktikan kesalahan yang dipertuduhkan, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya—
(a) bahawa apa-apa hasil hutan adalah harta Pihak Berkuasa Negeri;
(b) bahawa apa-apa peta, pelan atau carta yang dikatakan berupa sebagai peta, pelan atau carta yang telah dibuat menurut kuasa Pengarah telah dibuat sedemikian dan adalah tepat;
(c) bahawa apa-apa tanda yang diletakkan pada mana-mana pokok, kayu atau tanda sempadan suatu kawasan di bawah suatu lesen atau permit dalam kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan yang diletakkan oleh atau menurut kuasa pegawai hutan telah diletakkan sedemikian dan adalah tepat;
(d) bahawa mana-mana orang yang didapati berada di dalam kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan yang ada dalam milikannya apa-apa hasil hutan telah mengambil atau mengalih hasil hutan itu tanpa suatu lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini; dan
(e) bahawa mana-mana orang yang didapati berada di dalam kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan yang memiliki apa-apa jentera, peralatan atau pengangkut sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Keenam bertujuan mengambil atau memindahkan apa-apa hasil hutan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).