My bookmarksSign up free
← Fisheries Act 1985

Fisheries Act 1985 s 10

Fisheries Act 1985 s 10

s 10 Conditions in licence and directions

(1) The Director General shall in issuing a licence under this Part impose such conditions as he thinks fit which shall include conditions relating to the following matters: (a) the permanent marking of the fishing vessel with such letters and numbers or other means of identification as may be assigned to it by the Director General in such manner as may be prescribed in regulations made under this Act; (b) the nationality and number of persons to be employed or carried on the fishing vessel; and (c) in addition to complying with the requirement of any other written law that may be applicable, the requirement that a person who is not a Malaysian citizen shall not engage in any fishing activity related to the fishing vessel without the written approval of the Director General. (2) Where he is satisfied that it is necessary or expedient for the proper management of fisheries so to do, the Director General may from time to time vary the conditions of a licence issued under this Part but due notice of such intended variation shall be given to the licensee who shall, if he so desires, have the right to be heard within such period as the Director General may allow. (3) A certificate by the Director General stating that any condition in a licence was imposed or any variation thereof was made for the proper management of fisheries shall be conclusive proof thereof in any legal proceedings. (4) (a) The Director General may from time to time by notice in the Gazette issue directions in relation to the proper management of fisheries to be complied with by every person to whom they are applicable. (b) Such directions shall also be displayed in such public places and for such period of time as the Director General may determine.

Malay text (authoritative)

Syarat dalam lesen dan arahan

(1) Ketua Pengarah hendaklah, dalam mengeluarkan sesuatu lesen di bawah Bahagian ini, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut yang hendaklah termasuk syarat berhubung dengan perkara yang berikut: (a) menandakan dengan kekal vesel penangkapan ikan dengan apa-apa huruf dan nombor atau cara pengenalan lain sebagaimana yang diserah hak kepadanya oleh Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan dalam peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (b) kerakyatan dan bilangan orang yang akan diambil kerja atau yang dibawa dalam vesel penangkapan ikan; dan (c) selain dari mematuhi kehendak mana-mana undang-undang bertulis lain yang mungkin terpakai, kehendak yang menyatakan bahawa seseorang yang bukan warganegara Malaysia tidaklah boleh melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti penangkapan ikan yang berhubung dengan vesel penangkapan ikan tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah. (2) Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasa mengubah syarat lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini jika dia berpuas hati bahawa adalah perlu atau bermanfaat untuk berbuat demikian bagi pengurusan perikanan yang sempurna, tetapi notis yang wajar tentang perubahan yang dicadangkan itu hendaklah diberi kepada pemegang lesen yang, jika dia berhasratkan sedemikian, adalah mempunyai hak untuk didengar dalam tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah. (3) Sesuatu perakuan yang dibuat oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa sesuatu syarat dalam lesen telah dikenakan atau apa-apa perubahannya telah dibuat bagi pengurusan perikanan yang sempurna adalah menjadi bukti muktamad dalam mana-mana prosiding undang-undang. (4) (a) Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasa melalui notis dalam Warta mengeluarkan arahan berhubungan dengan pengurusan perikanan yang sempurna yang hendaklah dipatuhi oleh tiap-tiap orang yang kepadanya arahan itu terpakai. (b) Arahan seperti itu hendaklah juga dipamerkan di mana-mana tempat awam dan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 317 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next