s 13 Refusal to license or suspension or cancellation of licence
(1) The Director General may refuse to issue or renew any licence under this Act or may cancel, or suspend for such period as he thinks fit, any licence issued under this Act where he is satisfied that it is necessary so to do for the proper management of any particular fishery in accordance with the fisheries plan applicable to that fishery and with any directions issued by the Director General in the implementation of that plan.
(2) The Director General shall refuse to issue a licence in respect of any local fishing vessel in any of the following cases:
(a) where the vessel is required to be registered under the law relating to merchant shipping but has not been so registered;
(b) where the vessel is required to have a valid certificate of inspection issued in respect of it under the law relating to merchant shipping but does not have such certificate;
(c) where the vessel is not seaworthy and not fit for the purpose of fishing or does not comply with such requirements as may be applicable to it in respect of navigation, manning standards or safety at sea under this Act or any other law or under any convention to which Malaysia is a party.
(3) The Director General may refuse to issue or to renew any licence under this Act or may cancel, or suspend for such period as he thinks fit, any licence issued under this Act where there has been a breach of any of the provisions of this Act or any of the conditions of the licence.
(4) Any person aggrieved by the refusal of the Director General to issue or renew any licence under this Act or by the suspension or cancellation of any licence issued under this Act may appeal to the Minister in the prescribed manner against such refusal, suspension or cancellation within a period of thirty days after the date of such refusal, suspension or cancellation.
(5) The Minister may, after hearing the appeal, make such order thereon as he deems fit and that order shall be final.
(6) Any order made under subsection (5) shall take into account any scheme for the limitation of fishing effort for which provision is made in any fisheries plan referred to in Part III.
Malay text (authoritative)
Keengganan melesen atau penggantungan atau pembatalan lesen
(1) Ketua Pengarah boleh enggan mengeluarkan atau membaharui mana-mana lesen di bawah Akta ini atau boleh membatalkan, atau menggantung selama suatu tempoh yang difikirkannya patut, mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika dia berpuas hati bahawa adalah perlu untuk berbuat demikian untuk menguruskan dengan sepatutnya mana-mana perikanan yang tertentu mengikut rancangan perikanan yang boleh dipakai kepada perikanan itu dan dengan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dalam melaksanakan rancangan itu.
(2) Ketua Pengarah hendaklah enggan mengeluarkan lesen berkenaan dengan sesuatu vesel penangkapan ikan tempatan dalam mana-mana hal yang berikut:
(a) jika vesel itu dikehendaki supaya didaftarkan di bawah undang-undang yang berhubung dengan perkapalan dagang tetapi belum lagi didaftarkan sedemikian;
(b) jika vesel itu dikehendaki mempunyai suatu perakuan pemeriksaan yang sah yang dikeluarkan berkenaan dengannya di bawah undang-undang yang berhubung dengan perkapalan dagang tetapi tidak mempunyai perakuan itu;
(c) jika vesel itu tidak layak belayar dan tidak layak digunakan bagi maksud menangkap ikan atau tidak mematuhi apa-apa kehendak sebagaimana yang boleh dipakai berkenaan dengan pelayaran piawai keanggotaannya, atau keselamatan di laut di bawah Akta ini, atau mana-mana undang-undang lain atau di bawah mana-mana konvensyen yang Malaysia menjadi satu pihak.
(3) Ketua Pengarah boleh enggan mengeluarkan atau membaharui mana-mana lesen di bawah Akta ini atau boleh membatalkan, atau menggantung selama suatu tempoh yang difikirkannya patut, manamana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika terdapat pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau manamana syarat lesen.
(4) Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Ketua Pengarah untuk mengeluarkan atau membaharui mana-mana lesen di bawah Akta ini atau dengan penggantungan atau pembatalan manamana lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini boleh merayu kepada Menteri mengikut cara yang ditetapkan terhadap keengganan, penggantungan atau pembatalan itu dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh keengganan, penggantungan atau pembatalan itu.
(5) Menteri boleh, selepas mendengar rayuan itu, membuat apaapa perintah terhadapnya sebagaimana yang difikirkannya patut, dan perintah itu adalah muktamad.
(6) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (5) hendaklah mengambil kira apa-apa skim untuk membataskan usaha menangkap ikan yang peruntukan dibuat baginya dalam mana-mana rancangan perikanan yang tersebut dalam Bahagian III.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).