My bookmarksSign up free
← Fisheries Act 1985

Fisheries Act 1985 s 47

Fisheries Act 1985 s 47

s 47 Powers of entry, seizure and arrest, etc.

(1) Any authorized officer may, where he has reason to believe that an offence has been committed under this Act, without a warrant— (a) enter and search any place in which he has reason to believe that an offence under this Act is about to be or has been committed; (b) take samples of any fish found in any vessel or vehicle inspected under section 46 or any place searched under paragraph (a); (c) arrest any person who he has reason to believe has committed an offence under this Act; (d) seize any vessel, including its equipment, gear, furniture, appurtenances, stores and cargo, or any vehicle which he has reason to believe has been used in the commission of any offence or in relation to which any offence has been committed under this Act; (e) seize any fish which he has reason to believe has been caught in the commission of an offence under this Act; (f) seize any explosive, poison, pollutant, apparatus or prohibited gear which he has reason to believe has been used, or was in the possession of someone, in contravention of section 26; or (g) seize any unlicensed fishing stakes, fishing appliance, fish-aggregation device or marine culture system. (2) In effecting any seizure under subsection (1), an authorized officer may use such force as may be reasonably necessary. (3) A written acknowledgment shall be given in respect of anything seized under subsection (1).

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memasuki, menyita serta menangkap, dsb.

(1) Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, jika dia ada sebab bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, tanpa waran— (a) memasuki dan menggeledah mana-mana tempat yang dia ada sebab bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini hampir dilakukan atau telah dilakukan; (b) mengambil sampel mana-mana ikan yang didapati dalam mana-mana vesel atau kenderan yang diperiksa di bawah seksyen 46 atau mana-mana tempat yang digeledah di bawah perenggan (a); (c) menangkap mana-mana orang yang dia ada sebab bagi mempercayai telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini; (d) menyita mana-mana vesel, termasuk kelengkapan, alat, perabot, alatan bersangkutan, storan dan kargo, atau apa-apa kenderaan yang dia ada sebab bagi mempercayai telah digunakan semasa melakukan apa-apa kesalahan atau yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini; (e) menyita mana-mana ikan yang dia ada sebab bagi mempercayai telah ditangkap semasa melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini; (f) menyita apa-apa bahan letupan, racun, pencemar, perkakas atau alat yang dilarang yang dia ada sebab bagi mempercayai telah digunakan, atau berada dalam milikan seseorang, dengan melanggar seksyen 26; atau (g) menyita mana-mana vesel penangkapan ikan yang tidak berlesen, belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut. (2) Semasa melaksanakan apa-apa jua penyitaan di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang semunasabahnya perlu. (3) Suatu akuan terima bertulis hendaklah diberi berkenaan dengan apa jua benda yang disita di bawah subseksyen (1).

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 317 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next