My bookmarksSign up free
← Strata Titles Act 1985

Strata Titles Act 1985 s 23P

Strata Titles Act 1985 s 23P

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 23P Rayuan terhadap pelucuthakan

(1) Kesahan mana-mana pelucuthakan di bawah Bahagian ini tidaklah boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah kecuali dengan cara, atau dalam prosiding terkemudian, suatu rayuan di bawah seksyen 418 Kanun Tanah Negara terhadap perintah Pentadbir Tanah di bawah seksyen 23H Akta ini atau seksyen 129 Kanun Tanah Negara, dan walau apa pun dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada apa-apa rayuan hendaklah dimulakan selepas tamat tempoh tiga bulan yang dibenarkan di bawah seksyen 418 Kanun Tanah Negara. (2) Tiada apa jua perintah oleh Pentadbir Tanah di bawah seksyen 23H Akta ini atau seksyen 129 Kanun Tanah Negara hendaklah diketepikan oleh mana-mana mahkamah kecuali atas alasan ia dibuat berlawanan dengan peruntukan Bahagian ini, atau adanya kegagalan pada pihak Pentadbir Tanah untuk mematuhi kehendak mana-mana peruntukan sedemikian, dan tiada perintah sedemikian hendaklah diketepikan hanya oleh sebab apa-apa ketidakaturan dalam bentuk atau penyampaian mana-mana notis di bawah Bahagian IVA dan Bahagian ini melainkan jika, pada pendapat mahkamah, ketidakaturan itu adalah suatu sifat yang penting. (3) Dalam apa-apa rayuan atau prosiding lain seperti yang disebut dalam subseksyen (1), ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa semua notis yang dikehendaki disampaikan di bawah Bahagian IVA dan Bahagian ini telah disampaikan dengan sempurna dan menurut peraturan. (4) Peruntukan subseksyen (1) tidaklah menyentuh hak manamana orang atau badan untuk mengambil suatu tindakan bagi ganti rugi terhadap Pihak Berkuasa Negeri, atau (tertakluk pada seksyen 22 Kanun Tanah Negara), terhadap mana-mana pegawai yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan dengan salahnya, atau diperintah supaya dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan, berkaitan dengan apa-apa pelucuthakan di bawah Bahagian ini.

Read this section in the full act →

Find Act 318 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next