My bookmarksSign up free
← Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985

Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985 s 15

Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985 s 15

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 15 Forestry Research and Development Fund

(1) There shall be established and maintained a fund to be known as the Forestry Research and Development Fund which shall be administered by the Board. (2) The following shall be paid into the Fund: (a) any grant made to the Board by the Federal or any State Government; (b) all moneys collected under section 19; (c) all moneys borrowed by the Board under section 16; (d) all moneys earned or arising from any investment under section 17 or from any properties, mortgages, charges or debentures; and (e) moneys received from other sources including fees for advice or services rendered pursuant to section 22, or fees or royalties charged pursuant to subsection 23(2). (3) The Fund shall be applied for defraying the following: (a) to meet the expenses incurred by the Board in administering the Fund and in exercising its functions under this Act including the remuneration of officers and servants of the Institute; (b) to provide funds to the Institute for executing the functions of the Board under this Act; (c) to provide funds to any organization which the Board thinks expedient to commission research, development or publicity activities; (d) to grant loans to the officers and servants of the Institute for the purpose of purchasing dwelling house or conveyances, on such terms and conditions as may be prescribed by the Treasury; (e) to contribute by way of subscription or donations to any organization, whether local or international, which promotes the interest of research in forest development and forest industries; (f) to repay moneys borrowed by the Board under section 16; and (g) to meet any other expenses which the Board considers incidental to its functions.

Malay text (authoritative)

Kumpulan Wang Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan

(1) Maka adalah ditubuhkan dan diselenggarakan suatu kumpulan wang yang akan dikenali sebagai Kumpulan Wang Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan yang akan ditadbirkan oleh Lembaga. (2) Yang berikut ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang: (a) apa-apa pemberian yang dibuat kepada Lembaga oleh Kerajaan Persekutuan atau oleh mana-mana Kerajaan Negeri; (b) semua wang yang dipungut di bawah seksyen 19; (c) semua wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 16; Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (d) semua wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa pelaburan di bawah seksyen 17 atau daripada apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur; dan (e) wang yang diterima daripada sumber lain termasuk fi bagi nasihat atau perkhidmatan yang diberi menurut seksyen 22, atau fi atau royalti yang dikenakan menurut subseksyen 23(2). (3) Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi menanggung perkara yang berikut: (a) untuk menjelaskan perbelanjaan yang ditanggung oleh Lembaga pada mentadbirkan Kumpulan Wang dan pada menjalankan fungsinya di bawah Akta ini termasuk saraan bagi pegawai dan pekhidmat Institut; (b) untuk mengadakan wang bagi Institut bagi menjalankan fungsi Lembaga di bawah Akta ini; (c) untuk mengadakan wang bagi mana-mana organisasi yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga untuk ditauliahkan bagi menjalankan aktiviti penyelidikan, pembangunan atau publisiti; (d) untuk memberi pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat Institut bagi maksud membeli rumah kediaman atau kenderaan, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana ditetapkan oleh Perbendaharaan; (e) untuk menyumbangkan melalui yuran atau derma kepada mana-mana organisasi, sama ada organisasi tempatan atau antarabangsa, yang menggalakkan kepentingan penyelidikan dalam pembangunan perhutanan dan industri perhutanan; (f) untuk membayar balik wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 16; dan (g) untuk menampung apa-apa perbelanjaan lain yang difikirkan oleh Lembaga sebagai bersampingan kepada fungsinya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 319 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next