My bookmarksSign up free
← Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985

Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985 s 2

Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985 s 2

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “approved programmes” means programmes approved by the Board; “Board” means the Malaysian Forestry Research and Development Board established under section 3; “Chairman” means the Chairman of the Board appointed under section 3; “Director General” means the Director General appointed under section 12 and includes the Deputy Director General; “forest development” means the management and development policies and activities for all natural and man-made forests, based on sound ecological and economic principles, for the expressed purposes of both the production of forest produce and the protection of the environment; “forest industries” means all industries engaged in the harvesting, extraction, processing, manufacture, preservation and seasoning of forest produce; “forest produce” means— (a) products in the unprocessed or semi-processed form, that is to say— logs; poles; fuelwood; rubberwood; stems of oil palms, coconut and other palms; gaharu and other scented wood; gums, damar and oleoresins; wood oils; leaves; rattans; bamboos; illipe nuts; shoots; roots; mengkuang; (b) products that have undergone processing or whose forms have been altered, that is to say— sawn timber; charcoal; essential oils; wood chips, and wood shavings; ground wood; beadings, and mouldings; plywood and veneer; particleboards, and fibreboards; blockboards, laminboards, and other reconstituted woodbased panel products; wood pulp, paper and paper products; glue-laminated timber; and other processed products derived from items listed in (a); and (c) products in the finished form, that is to say— attaps; railway and tramway sleepers of wood; furniture, handicrafts and toys of wood; wooden handles of tools; piles, pickets, and stakes of wood; picture frames of wood; packing cases of wood; household utensils of wood; basketwork, wickerwork and other articles of plaiting; pencils; and other finished articles that are wholly or partially made from products listed in (a) or (b); “Fund” means the Forestry Research and Development Fund established under section 15; “Institute” means the Forest Research Institute of Malaysia established under section 11; “member” means a member of the Board, and includes an alternate member; “Minister” means the Minister for the time being charged with the responsibility for the forestry sector; “remuneration” includes salary or wages, allowances, medical benefits, free or subsidized housing, and other privileges capable of being valued in money.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain― “ahli” ertinya ahli lembaga, dan termasuk ahli silih ganti; “hasil hutan” ertinya― (a) hasil dalam bentuk yang belum diproses atau telah diproses sebahagiannya, iaitu― kayu balak; kayu jaras; kayu api; kayu getah; batang kelapa sawit, batang kelapa dan batang palma lain; kayu gaharu dan kayu lain yang berbau; gam, dammar dan oleoresin; minyak kayu; daun; rotan; buluh; kacang illipe; pucuk; akar; mengkuang; (b) hasil yang telah mengalami proses atau yang bentuknya sudah diubah, iaitu― kayu gergaji; arang kayu; minyak bauan; kayu serpai, dan tatal kayu; kayu kisar; kayu yang diketam, dan kayu kumai; papan lapis dan venir; papan partikel dan papan gentian; papan belok; papan lamin, dan hasil panel lain dari kayu yang diubah suai; kayu pulpa, kertas dan hasil dari kertas; kayu lapis perekat dan hasil lain yang diproses yang berasal dari butiran yang disenaraikan dalam butiran (a); dan (c) hasil dalam bentuk yang sudah siap untuk digunakan, iaitu― atap; kayu landasan keretapi dan trem; perabot, hasil kerja tangan dan barang mainan daripada kayu; pemegang alat daripada kayu; cerucuk, pancang, dan kayu pancang; bingkai gambar dari kayu; kotak bungkusan dari kayu; bakul, barang anyaman dan barang lain dari anyaman; pensil; dan barang lain yang siap untuk diguna yang Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia sepenuhnya atau sebahagiannya dibuat dari hasil yang disenaraikan dalam butiran (a) atau (b); “industri perhutanan” ertinya semua industri yang terlibat dengan kerja pengusahaan, pengeluaran, pemprosesan, pengilangan, pengawetan dan pengeringan hasil hutan; “Institut” ertinya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysian yang ditubuhkan di bawah seksyen 11; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 12 dan termasuk Timbalan Ketua Pengarah; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 15; “Lembaga” ertinya Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab ke atas sektor perhutanan; “pembangunan perhutanan” ertinya dasar dan aktiviti pengurusan dan pembangunan bagi semua hutan semula jadi dan hutan buatan manusia, berdasarkan kepada prinsip ekologi dan ekonomi yang baik, bagi kedua-dua tujuan yang khusus untuk pengeluaran hasil hutan dan pemeliharaan alam sekitar; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 3; “program yang diluluskan” ertinya program yang diluluskan oleh Lembaga; “saraan” termasuklah gaji atau upah, elaun, faedah perubatan, rumah percuma atau rumah subsidi, dan keistimewaan lain yang boleh dinilai dengan wang.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 319 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next