Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985 Schedule
Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985 Schedule
This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
Schedule SCHEDULESupplementary
[Subsection 3(5)]
SUPPLEMENTARY PROVISIONS RESPECTING THE BOARD
1. The Board shall hold at least four meetings in each year.
2. The Board shall also meet at such other times as may be deemed necessary by the Chairman or at the request of any six members.
3. (1) At any meeting of the Board, six members shall form a quorum.
(2) Decisions of the Board shall be taken by a simple majority of the members present and voting.
(3) If on any question to be determined by the Board there is an equal division of votes, the Chairman or member presiding, shall have a casting vote in addition to his deliberative vote.
4. (1) A member who—
(a) at three consecutive meetings of the Board, without reasonable cause or the permission in writing of the Chairman, has neither been present nor represented by the alternate member, if any, appointed in respect of that member;
(b) has been found or declared to be of unsound mind;
(c) has become bankrupt or made an arrangement with his creditors; or
(d) has been convicted of any offence involving fraud, dishonesty, or moral turpitude,
shall cease to hold office.
(2) The provisions of subparagraph (1), other than subsubparagraph (1)(a), shall apply mutatis mutandis to an alternate member.
5. The Chairman and members may be paid such allowances as may be determined by the Minister.
6. The seal of the Board shall be affixed in the presence of the Chairman and one other member who shall sign every deed or other document or instrument to which such seal is affixed and such signing shall be prima facie evidence that such seal was duly and properly affixed and that the same is the lawful seal of the Board.
7. Subject to paragraphs 1, 2, 3 and 4, the Board may regulate its own procedure.
LAWS OF MALAYSIA
MALAYSIAN FORESTRY RESEARCH AND DEVELOPMENT BOARD ACT 1985
Malay text (authoritative)
JADUAL
[Subseksyen 3(5)]
PERUNTUKAN TAMBAHAN MENGENAI LEMBAGA
1. Lembaga hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya empat kali dalam tiap-tiap tahun.
2. Lembaga hendaklah juga bermesyuarat pada bila-bila masa yang lain sebagaimana difikirkan perlu oleh Pengerusi atau atas permintaan daripada mana-mana enam orang ahli.
3. (1) Dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, enam orang ahli hendaklah menjadi suatu kourum.
(2) Keputusan Lembaga hendaklah diambil mengikut suatu undi lebih suara ahli-ahli yang hadir dan mengundi.
(3) Sekiranya berlaku pembahagian undi yang sama banyak atas apa-apa persoalan yang akan ditentukan oleh Lembaga, Pengerusi atau ahli yang mempengerusikan mesyuarat itu, hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
4. (1) Seorang ahli yang—
(a) pada tiga kali mesyuarat Lembaga berturut-turut, tanpa mempunyai sebab yang munasabah atau tanpa kebenaran secara bertulis daripada Pengerusi, telah tidak menghadiri atau tidak diwakili oleh ahli silih gantinya jika ada, yang dilantik bagi pihak ahli itu;
(b) telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal;
(c) telah menjadi bankrap atau membuat perkiraan dengan pemiutangnya; atau
(d) telah didapati disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak,
hendaklah terhenti daripada menjadi ahli.
(2) Peruntukan subperenggan (1), selain subsubperenggan (1)(a), adalah terpakai mutatis mutandis kepada ahli silih ganti.
5. Pengerusi dan ahli boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana ditentukan oleh Menteri.
Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia
6. Meterai Lembaga hendaklah dicap di hadapan Pengerusi dan seorang ahli lain yang akan menandatangani tiap-tiap surat ikatan atau dokumen atau surat cara lain yang kepadanya meterai itu dicap dan tandatangan tersebut hendaklah menjadi keterangan prima facie yang menunjukkan bahawa meterai itu telah dicap dengan wajar dan sempurna dan bahawa meterai itu adalah meterai Lembaga yang sah di sisi undang-undang.
7. Tertakluk kepada perenggan 1, 2, 3 dan 4, Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
_____________________________
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA LEMBAGA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PERHUTANAN MALAYSIA 1985
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).