s 35 Seksyen baharu 21A dan 21B
Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebaik selepas seksyen 21, seksyen baharu 21A dan 21B yang berikut: “Perakuan kelulusan 21A. Ketua Pengarah hendaklah menghantar kepada keduaduanya pelupus dan pemeroleh suatu perakuan kelulusan dalam borang yang ditetapkan— (a) apabila pembayaran dibuat mengikut seksyen 21; atau (b) jika dia berpuas hati bahawa tiada keuntungan yang boleh dikenakan cukai telah timbul, apabila sahaja berpuas hati dengan yang sedemikian itu. Permintaan kepada pemeroleh 21B. (1) Jika sesuatu pelupusan yang seksyen 13 terpakai baginya, balasannya terdiri kesemuanya atau sebahagiannya daripada wang— (a) pemeroleh itu hendaklah, sehingga dia menerima perakuan kelulusan daripada Ketua Pengarah di bawah seksyen 21A, memegang simpan kesemua wang itu (tertakluk kepada syarat bahawa wang yang dipegang simpan itu tidaklah boleh melebihi sejumlah wang yang dikira mengikut kadar atas mana cukai boleh dikenakan pada masa itu, atas jumlah nilai balasan itu); (b) Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, sebelum dia menghantar perakuan kelulusan itu, menyampaikan kepada pemeroleh suatu permintaan bertulis dalam borang yang ditetapkan memintanya membayar kesemua atau apa-apa bahagian daripada jumlah wang yang dipegang simpan di bawah perenggan (a) (atau, jika pemeroleh itu tidak mematuhi perenggan itu, jumlah wang yang sepatutnya telah dipegang simpan sedemikian) dalam masa yang dinyatakan dalam permintaan itu; (c) dalam hal di mana perenggan (b) terpakai, pemeroleh hendaklah menyerahkan jumlah wang yang disebut dalam permintaan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam permintaan itu. (2) Sesuatu permintaan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu taksiran bagi maksud Akta ini. (3) Seseorang pemeroleh yang dikehendaki di bawah seksyen ini supaya menyerahkan kepada Ketua Pengarah sejumlah wang yang sepatutnya telah dipegang simpan tetapi tidak dipegang simpan olehnya di bawah perenggan 1(a), hendaklah, apabila mematuhi permintaan itu, disifatkan bagi maksud subseksyen 16(3) sebagai telah ditaksirkan sebanyak jumlah wang di bawah subseksyen 16(1) dan sebagai telah membayar jumlah wang itu menurut taksiran itu.”.