My bookmarksSign up free
← Commodities Trading Act 1985

Commodities Trading Act 1985 s 41

Commodities Trading Act 1985 s 41

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

Text recovered by OCR from a scanned copy β€” section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 41

Renewal of registration.

Malay text (authoritative)

(1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Pesuruhjaya Pembahendaklah, apabila permohonan dibuat kepadanya oleh pendaforang berdaftar mengikut cara yang ditetapkan tidak taran. lewat daripada satu bulan sebelum hari yang pendaftarannya, jika tidak dibaharui, akan tamat tempoh dan apabila dibayar fee yang ditetapkan, membaharui pendaftaran orang tersebut. (2) Pesuruhjaya boleh menghendaki seseorang pemohon di bawah subseksyen (1) supaya memberi kepadanya apa-apa maklumat tambahan yang difikirkannya perlu untuk menguruskan permohonan itu. (3) Pesuruhjaya boleh menolak untuk membaharui pendaftaran orang berdaftar di bawah subseksyen (1)β€” (a) atas apa jua alasan yang Pesuruhjaya boleh menolak untuk mendaftarkan di bawah seksyen 39; (b) atas apa jua alasan yang Pesuruhjaya boleh membatalkan pendaftaran orang itu di bawah seksyen 42 atau 44; atau (c) atas alasan orang itu tidak mematuhi subseksyen (1) atau apa-apa kehendak Pesuruhjaya di bawah subseksyen (2). Pembatalan pendaf- [Bah. VI, S. 41-42] (4) Pesuruhjaya hendaklah mengeluarkan kepada orang berdaftar yang pendaftarannya dibaharui di bawah subseksyen (1) suatu perakuan pendaftaran sepatutnya yang (a) adalah sah selama tempoh dua belas bulan bermula dari hari tamat tempohnya perakuan pendaftaran yang dipegang oleh orang berdaftar itu pada masa permohonannya untuk pembaharuan; dan (b) hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya. (5) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang pembaharuan pendaftaran orang berdaftar yang telah dibaharui daripada dibaharui lagi di bawah seksyen ini. (6) Pesuruhjaya tidak boleh menolak untuk membaharui pendaftaran orang berdaftar di bawah subseksyen (3) tanpa terlebih dahulu memberi peluang kepada orang itu untuk didengar. (7) Jika Pesuruhjaya menolak untuk membaharui pendaftaran orang berdaftar di bawah subseksyen (3), dia hendaklah memberitahu orang itu secara bertulis yang bermaksudkan sedemikian itu dengan menyatakan sebab-sebab penolakan itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VI β†’

Find Act 324 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next