s 63
Ofience to destroy, alter, etc. records.
Commodities Trading Act 1985 s 63
This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
Text recovered by OCR from a scanned copy β section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
Ofience to destroy, alter, etc. records.
(1) Mana-mana orang yang, dengan niat hendak mencegah, melambatkan atau menghalang penjalanan sesuatu pemeriksaan pengauditan di bawah BahagΔ±an Δ±n1β (a) membinasakan, menyembunyikan atau mengubah sesuatu buku, akaun atau rekod berhubungan dengan urusan seseorang peniaga; (b) menghantar, atau berkomplot dengan manamana orang lain untuk menghantar, ke luar Malaysia sesuatu buku, akaun atau rekod seperti itu, atau apa-apa jenis harta kepunyaan atau dalam milik atau di bawah kawalan seseorang peniaga, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Jika, dalam pendakwaan atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1), dibuktikan bahawa orang yang dipertuduh itu-- (a) telah membinasakan, menyembunyikan atau mengubah sesuatu buku, akaun atau rekod yang disebutkan dalam perenggan (a) subseksyen itu; atau (b) telah menghantar, atau berkomplot untuk menghantar, ke luar Malaysia sesuatu buku, akaun atau rekod seperti itu, atau apa-apa harta yang disebutkan dalam perenggan (b) subseksyen itu, maka beban bagi membuktikan bahawa dengan berbuat sedemikian itu dia tidak bertindak dengan niat hendak mencegah, melambatkan atau menghalang penjalanan sesuatu pemeriksaan dan pengauditan di bawah Bahagian ini adalah terletak pada dirinya. (Bah. VII-VIII, S. 64-66]
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).