My bookmarksSign up free
← Printing of Qur'Anic Texts Act 1986

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 26

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 26

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 26 Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan atau arahan

(1) Bagi maksud Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, Lembaga boleh mengeluarkan garis panduan atau arahan sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk mengawal selia pencetakan, pengimportan, penerbitan, penjualan, pengedaran, pelupusan, penterjemahan atau pentafsiran teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an dan boleh mengenakan apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Tiap-tiap garis panduan atau arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Lembaga mengikut apa-apa cara untuk memastikan garis panduan atau arahan itu dibawa kepada perhatian orang yang perlu mematuhi garis panduan atau arahan itu. (3) Lembaga boleh mengenakan suatu penalti kewangan bagi apaapa ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan atau arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini— (a) jika orang itu merupakan seorang individu, setakat suatu amaun yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit; atau (b) jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, setakat suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. (4) Lembaga boleh meminda atau membatalkan mana-mana garis panduan atau arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini. *CATATAN—lihat seksyen 22 Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023 [Akta A1696] m.b.p 1 September 2023 yang memperuntukkan seperti yang berikut: Kecualian 22. Walau apa pun peruntukan Akta ini, anggota Lembaga yang dilantik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan selama tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Read this section in the full act →

Find Act 326 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next