My bookmarksSign up free
← Printing of Qur'Anic Texts Act 1986

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 7A

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 7A

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 7A Menahan penghantarserahan teks Al-Qur’an yang diimport yang tidak diperakui

(1) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan, boleh menahan penghantarserahan sesuatu teks Al-Qur’an yang diimport yang tidak diperakui secara bertulis oleh Lembaga di bawah seksyen 7. (2) Sesuatu teks Al-Qur’an yang ditahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, diserahkan kepada Lembaga dan diteliti oleh Lembaga. (3) Jika Lembaga memperakui bahawa teks Al-Qur’an itu— (a) betul dan mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, Lembaga hendaklah * CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun”-lihat perenggan 7(b) Akta Pencetakan Teks Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696]. membenarkan pengimportan tertakluk kepada perakuan di bawah seksyen 7 dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya teks Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk menuntut atau mengambil teks Al-Qur’an itu tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh notis itu; atau (b) mengandungi apa-apa kesilapan atau tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, Lembaga hendaklah melarang pengimportan dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya teks Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk mengembalikan teks Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar Malaysia tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh notis itu. (4) Jika orang yang daripadanya teks Al-Qur’an itu ditahan gagal untuk menuntut atau mengambil teks Al-Qur’an itu dalam masa enam bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(a) atau gagal untuk mengembalikan teks Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar Malaysia dalam masa tiga bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, teks Al-Qur’an itu hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Read this section in the full act →

Find Act 326 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next