s 25 Moral rights
(1) For the purposes of this section, the word “name” includes initials or monograms.
(2) Subject to this section, where copyright subsists in a work, no person may, without the consent of the author, or, after the author’s death, of his personal representative, do or authorize the doing of any of the following acts:
(a) the presentation of the work, by any means whatsoever, without identifying the author or under a name other than that of the author; and
(b) the distortion, mutilation or other modification of the work if the distortion, mutilation or modification—
(i) significantly alters the work; and
(ii) is such that it might reasonably be regarded as adversely affecting the author’s honour or reputation.
(3) Where a person is authorized, whether by virtue of an assignment, a licence or otherwise, to publish, reproduce, perform in public or communicate to the public a work, that person may make modifications to the work if it would be reasonable to expect that the authorized publication, reproduction, public performance or communication to the public, as the case may be, could not take place without the modifications; but nothing in this subsection shall authorize a modification to a work which would constitute a contravention of subsection (2).
(3A) Where a work is modified into an accessible format copy by an authorized entity, a person with print disability himself or any other person acting on his behalf including his caregiver, that modification shall not constitute a contravention of subsection (2) if the modification is necessary to make the work in an accessible format copy.
(4) The author or, after his death, his personal representative, may exercise the rights conferred by this section notwithstanding that the
copyright in the work is not at the time of the act complained of, vested in the author or personal representative, as the case may be.
(5) Any contravention or threatened contravention of this section in respect of a work shall be actionable at the suit of the author of the work or, if he is dead, at the suit of his personal representative, as a breach of statutory duty.
(6) Any damages recovered under this section by a personal representative in respect of a contravention committed in relation to a work after the death of the author of the work shall devolve as part of the author’s estate, as if the right of action had subsisted and had been vested in him immediately before his death.
(7) Where in an action brought under this section a contravention of the restrictions imposed by this section is proved or admitted, the court may order the offender to publish such correction in such manner as the court may direct.
(8) Nothing in this section shall derogate from any right of action or other remedy (whether civil or criminal) in proceedings instituted otherwise than by virtue of this section; but this subsection shall not be construed as requiring any damages recovered by virtue of this section to be disregarded in assessing damages in any proceedings instituted otherwise than by virtue of this section and arising out of the same transaction.
Malay text (authoritative)
Hak moral
(1) Bagi maksud seksyen ini, perkataan “nama” termasuklah nama pendek atau monogram.
(2) Tertakluk pada seksyen ini, apabila hak cipta wujud dalam sesuatu karya, tiada seorang pun boleh, tanpa persetujuan penciptanya, atau, selepas kematian pencipta, wakil dirinya, melakukan atau membenarkan perlakuan mana-mana perbuatan yang berikut:
(a) penyampaian karya itu dengan apa cara sekalipun, tanpa mengenal pasti pencipta atau di bawah suatu nama selain daripada nama pencipta karya itu; dan
(b) perosakan, pencacatan atau pengubahsuaian yang lain akan karya itu jika perosakan, pencacatan atau pengubahsuaian itu—
(i) mengubah dengan jelas karya itu; dan
(ii) sedemikian rupa yang dengan munasabahnya boleh dianggap sebagai memudaratkan kehormatan atau reputasi pencipta.
(3) Jika seseorang telah dibenarkan, sama ada oleh sebab sesuatu serah hak, lesen atau selainnya, untuk menerbitkan, mengeluar semula, melakukan di hadapan awam atau menyampaikan kepada orang awam
sesuatu karya, orang itu boleh melakukan ubah suaian ke atas karya itu jika adalah munasabah untuk menjangkakan yang penerbitan, pengeluaran semula, pertunjukan awam atau penyampaian kepada orang awam yang dibenarkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh dilakukan tanpa ubah suaian itu, tetapi tiada apa jua pun dalam subseksyen ini boleh membenarkan suatu ubah suaian ke atas karya yang akan menjadi pelanggaran terhadap subseksyen (2).
(3A) Jika suatu karya diubah suai ke dalam salinan format boleh akses oleh entiti yang diberi kuasa, orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, ubah suaian itu tidak menjadi pelanggaran kepada subseksyen (2) jika ubah suaian itu perlu untuk menjadikan karya itu dalam suatu salinan format boleh akses.
(4) Pencipta atau, selepas kematiannya, wakil dirinya, boleh menggunakan hak yang diberikan oleh seksyen ini walaupun pada masa aduan terhadap perbuatan itu dibuat, hak cipta ke atas karya itu tidak terletak hak pada pencipta atau wakil diri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5) Apa-apa pelanggaran atau pelanggaran yang mungkin berlaku terhadap seksyen ini berkenaan dengan sesuatu karya bolehlah diambil tindakan atas guaman pencipta karya itu atau, jika dia mati, atas guaman wakil dirinya, sebagai pelanggaran terhadap kewajipan statutori.
(6) Apa-apa ganti rugi yang didapati di bawah seksyen ini oleh seorang wakil diri berkenaan dengan suatu pelanggaran yang dilakukan berhubungan dengan suatu karya selepas kematian pencipta karya itu hendaklah turun sebagai sebahagian daripada estet pencipta, seolah-olah hak bertindak telah wujud dan terletak hak ke atasnya sebaik sahaja sebelum kematiannya.
(7) Jika dalam sesuatu tindakan yang dibawa di bawah seksyen ini suatu pelanggaran terhadap sekatan yang dikenakan oleh seksyen ini dibuktikan atau diakui, mahkamah boleh memerintahkan pesalah supaya menyiarkan apa-apa pembetulan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.
(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengurangkan sesuatu hak bertindak atau remedi lain (sama ada sivil atau jenayah)
dalam prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini; tetapi subseksyen ini tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghendaki supaya apa-apa ganti rugi yang didapati oleh sebab seksyen ini tidak dimasuk kira dalam mentaksir ganti rugi dalam mana-mana prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini dan yang timbul daripada transaksi yang sama.
Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).