My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1987

Copyright Act 1987 s 30

Copyright Act 1987 s 30

s 30 Proceedings before the Tribunal

(1) Every proceedings before the Tribunal shall be heard and disposed of by the Chairman or Deputy Chairman and two other members selected by the Chairman from among the members appointed under section 29. (2) No member of the Tribunal shall take part in any proceedings before the Tribunal if he has a pecuniary interest in any matter which is to be determined by the Tribunal. (3) Where the Chairman has been disqualified under subsection (2), the Minister shall appoint a Deputy Chairman to act as chairman for the purposes of that proceedings. (4) A person is deemed to have a pecuniary interest if he, his partner, employer or any member of his family or if a body whether statutory or not of which he is a member has a pecuniary interest in any matter which is to be determined by the Tribunal. (5) If, on any matter to be determined by the Tribunal there is an equality of votes, the chairman of the proceedings shall have a casting vote in addition to his deliberative vote. (6) If, in the course of any proceedings, any member of the Tribunal is unable through illness or any other cause to continue, the proceedings shall continue before the remaining members of the Tribunal, not being less than two, and the Tribunal shall, for the purposes of the proceedings, be deemed to be duly constituted. (7) In any such case as is mentioned in subsection (6) where the member who is unable to continue is the chairman of the proceedings, then the Minister shall— (a) appoint from amongst the remaining members a new chairman for the purpose of the continued proceedings; and (b) where appropriate, appoint a Deputy Chairman to attend the proceedings to advise the members of the proceedings on any issue that may arise during the proceedings.

Malay text (authoritative)

Prosiding di hadapan Tribunal

(1) Tiap-tiap prosiding di hadapan Tribunal hendaklah didengar dan dibereskan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan dua anggota lain yang dipilih oleh Pengerusi daripada anggota yang dilantik di bawah seksyen 29. (2) Tiada anggota Tribunal boleh mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding di hadapan Tribunal jika dia mempunyai kepentingan kewangan dalam apa-apa perkara yang akan diputuskan oleh Tribunal. (3) Jika Pengerusi telah hilang kelayakannya di bawah subseksyen (2), Menteri hendaklah melantik seorang Timbalan Pengerusi untuk bertindak sebagai pengerusi bagi maksud prosiding itu. (4) Seseorang adalah disifatkan sebagai mempunyai kepentingan kewangan jika dia, pekongsinya, majikan atau mana-mana anggota keluarganya, atau jika sesuatu badan sama ada berkanun atau tidak, yang mana dia menjadi anggota, mempunyai kepentingan kewangan dalam apa-apa perkara yang akan diputuskan oleh Tribunal. (5) Jika, atas apa-apa perkara yang hendaklah ditentukan oleh Tribunal terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi prosiding itu hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. (6) Jika, dalam perjalanan mana-mana prosiding, mana-mana anggota Tribunal tidak dapat meneruskan prosiding kerana sakit atau apa-apa sebab lain, maka prosiding itu hendaklah diteruskan di hadapan anggota Tribunal yang tinggal, asalkan tidak kurang daripada dua orang, dan Tribunal hendaklah, bagi maksud prosiding itu, disifatkan sebagai dianggotai dengan sempurna. (7) Dalam mana-mana hal yang disebut dalam subseksyen (6) jika anggota yang tidak dapat meneruskan prosiding ialah pengerusi prosiding itu, maka Menteri hendaklah— (a) melantik dalam kalangan anggota yang tinggal seorang pengerusi baharu bagi maksud prosiding yang diteruskan itu; dan (b) jika sesuai, melantik seorang Timbalan Pengerusi untuk menghadiri prosiding bagi menasihati anggota prosiding itu tentang apa-apa isu yang mungkin berbangkit semasa prosiding itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 332 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next