My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1987

Copyright Act 1987 s 31

Copyright Act 1987 s 31

s 31 Licence to produce and publish translation

(1) Any person may apply to the Tribunal for a licence to produce and publish in the national language or other vernacular languages in Malaysia a translation of a literary work written in any other language. (2) The Tribunal after holding such inquiry as it thinks necessary may, subject to this section, grant to the applicant a licence (not being an exclusive licence) to produce and publish a translation of the work in the national language or other vernacular languages, on condition that the applicant shall pay to the owner of the right of translation in the work in respect of copies sold to the public, royalties at a rate to be determined by the Tribunal in the prescribed manner. (3) A licence may be granted on an application made under subsection (1) in respect of a work only where— (a) a translation of the work in the national language or other vernacular languages has not been published by the owner of the copyright (or by any person authorized by him) within one year after the first publication of the work or, if such translation has been so published, it is out of print; (b) (i) the applicant has requested and been denied authorization by the owner of the right to produce and publish the translation; or (ii) the applicant, after due diligence on his part, is unable to trace or ascertain the owner; (c) the applicant, if the nationality of the owner of the right of translation is known, has sent a copy of his request for the translation to the diplomatic or consular representative of the state of which that owner is a national, or to the organization which may have been designated by the government of that state; (d) the Tribunal is satisfied that— (i) the applicant is able to produce and publish a correct translation of the work and possesses the means to pay to the owner of the right of translation the royalties payable under this section; and (ii) the applicant undertakes to have the original title and the name of the author of the work printed on all copies of the published translation; (e) the author of the work has not withdrawn it from circulation; (f) an opportunity of being heard is first given, wherever practicable, to the owner of the right of translation in the work; (g) a further period of nine months has elapsed from the fulfilment of the formalities mentioned in paragraphs (b) and (c) and during this period no translation in the national language or other vernacular languages has been published by the owner of the right of translation or with his authorization; and (h) the translation is for the purpose of teaching, scholarship or research. (4) The licence granted under this section shall not be transferable and shall not extend to the export of copies: Provided that the sending of copies to another country by the Government or any Government organization shall not constitute export if all of the following conditions are met: (a) the recipients are individuals who are nationals of Malaysia or organizations grouping such individuals; (b) the copies are to be used only for the purpose of teaching, scholarship or research; (c) the sending of the copies and their subsequent distribution to recipients is without any commercial purpose; and (d) the country to which the copies have been sent has agreed with Malaysia to allow the receipt, or distribution, or both. (5) The licence shall be valid only for publication of the translation in Malaysia and all copies published under the licence shall bear a notice in the national language or other vernacular languages stating that the copies are available for distribution only in Malaysia. (6) Any licence granted under this section shall terminate if a translation in the national language or other vernacular languages and with substantially the same content as that for which a licence has been granted has been published by the owner of the right of translation or with his authorization at a price reasonably related to that charged in Malaysia for comparable works: Provided that any copies already made before the licence terminates may, however, continue to be distributed until their stock is exhausted. (7) If the work to be translated consists mainly of illustrations, no licence under this section shall be granted.

Malay text (authoritative)

Lesen untuk mengeluar dan menerbitkan terjemahan

(1) Mana-mana orang boleh memohon kepada Tribunal mendapatkan suatu lesen untuk mengeluar dan menerbitkan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain di Malaysia sesuatu terjemahan karya sastera yang ditulis dalam apa-apa bahasa lain. (2) Tribunal boleh setelah mengadakan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, tertakluk pada seksyen ini, memberi kepada pemohon suatu lesen (yang bukannya lesen eksklusif) untuk mengeluar dan menerbit terjemahan sesuatu karya dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain, dengan syarat bahawa pemohon hendaklah membayar kepada pemunya hak terjemahan mengenai karya itu berkenaan dengan salinan yang dijual kepada awam, royalti pada kadar yang akan ditentukan oleh Tribunal mengikut cara yang ditetapkan. (3) Suatu lesen hanya akan diberi atas permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan sesuatu karya jika— (a) terjemahan karya itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain belum pernah diterbitkan oleh pemunya hak cipta itu (atau oleh mana-mana orang yang dibenarkan olehnya) dalam masa satu tahun selepas terbitan pertama karya itu atau, jika terjemahan tersebut pernah diterbitkan, terjemahan itu tidak boleh didapati lagi; (b) (i) pemohon telah meminta kebenaran dan permintaannya itu telah ditolak oleh pemunya hak untuk mengeluarkan dan menerbitkan terjemahan itu; atau (ii) pemohon, setelah berusaha sewajarnya, gagal untuk mengesan atau memastikan pemunya itu; (c) pemohon, jika kerakyatan pemunya hak terjemahan adalah diketahui, telah menghantar satu salinan permintaannya untuk terjemahan kepada wakil diplomatik atau konsular negara yang mana pemunya hak terjemahan itu adalah seorang rakyat, atau kepada pertubuhan yang mungkin telah dinamakan oleh Kerajaan negara tersebut; (d) Tribunal berpuas hati bahawa— (i) pemohon boleh mengeluar dan menerbit suatu terjemahan karya itu dengan betul dan mempunyai kemampuan untuk membayar kepada pemunya hak menterjemah royalti yang kena dibayar di bawah seksyen ini; dan (ii) pemohon mengaku janji untuk mencetak tajuk asal dan nama pencipta karya itu pada ke semua salinan terjemahan yang diterbitkan; (e) pencipta karya itu belum menarik balik karyanya itu dari peredaran; (f) peluang untuk didengar telah pada mulanya diberi, di mana saja praktik, kepada pemunya hak terjemahan mengenai karya itu; (g) tempoh selanjutnya selama sembilan bulan telah berlalu dari pelaksanaan tatacara yang tersebut dalam perenggan (b) dan (c) dan semasa tempoh ini tiada terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain telah diterbitkan oleh pemunya hak terjemahan atau dengan kebenarannya; dan (h) terjemahan itu adalah bagi maksud pengajaran, pendidikan atau penyelidikan. (4) Lesen yang diberi di bawah seksyen ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh diluaskan sehingga termasuk pengeksportan salinan: Dengan syarat bahawa penghantaran salinan kepada negara lain oleh Kerajaan atau mana-mana pertubuhan Kerajaan tidak akan menjadi eksport jika semua syarat berikut dipenuhi: (a) penerimanya adalah individu yang menjadi rakyat Malaysia atau pertubuhan yang mengumpulkan individu sedemikian; (b) salinan itu hanya akan digunakan bagi maksud pengajaran, pendidikan atau penyelidikan; (c) penghantaran salinan itu dan pengedarannya kepada penerima kemudiannya adalah tanpa maksud perdagangan; dan (d) negara ke mana salinan itu dihantar telah bersetuju dengan Malaysia untuk membenarkan penerimaan, ataupun pengedaran itu atau kedua-duanya. (5) Lesen itu adalah sah hanya bagi penerbitan terjemahan di dalam Malaysia dan semua salinan yang diterbitkan di bawah lesen tersebut hendaklah mengandungi notis dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain menyatakan bahawa salinan itu adalah tersedia bagi pengedaran di Malaysia sahaja. (6) Mana-mana lesen yang diberi di bawah seksyen ini akan tamat jika suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain dan dengan kandungan yang sebahagian besarnya sama dengan yang baginya lesen itu telah diberi telah diterbitkan oleh pemunya hak terjemahan atau dengan kebenarannya dengan harga yang semunasabahnya berkaitan dengan yang dikenakan di Malaysia bagi karya yang setanding dengannya: Dengan syarat bahawa mana-mana salinan yang telah dibuat sebelum lesen tamat boleh, walau bagaimanapun, terus diedarkan sehingga stok kehabisan. (7) Jika karya yang akan diterjemahkan mengandungi sebahagian besarnya ilustrasi, tiada lesen boleh diberi di bawah seksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 332 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next