My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1987

Copyright Act 1987 s 37

Copyright Act 1987 s 37

s 37 Action by owner of copyright and relief

(1) Infringements of copyrights and the prohibited acts under sections 36A and 36B shall be actionable at the suit of the owner of the copyright and, in any action for such an infringement or prohibited act, the court may grant the following types of relief: (a) an order for injunction; (b) damages; (c) an account of profits; (d) statutory damages of not more than twenty-five thousand ringgit for each work, but not more than five hundred thousand ringgit in the aggregate; or (e) any other order as the court deems fit. (2) Notwithstanding subsection (1), all such relief shall be available to the plaintiff in an action under subsection 36 A(3) except for statutory damages. (3) In making an award under paragraph (1)(b), the court may also make an order under paragraph (1)(c) for an account of any profits attributable to the infringement or prohibited act that have not been taken into account in computing the damages. (4) Except as provided in subsection (3), the types of relief referred to in paragraphs (1)(b), (c) and (d) are mutually exclusive. (5) For the purpose of paragraph (1)(d), all parts of a collective work shall constitute one work. (6) Where in an action under this section it is established that an infringement or a prohibited act under section 36A or 36B was committed but it is also established that at the time of the infringement or commission of the prohibited act the defendant was not aware, and had no reasonable grounds for suspecting, that the act was an infringement of the copyright or prohibited under section 36A or 36B, the plaintiff shall not be entitled under this section to any damages against the defendant in respect of the infringement or commission of the prohibited act, but shall be entitled to an account of profits or statutory damages whether or not any other relief is granted under this section. (7) Where in an action under this section an infringement of copyright or the commission of a prohibited act under section 36 A or 36B is established, the court may, in assessing damages for the infringement or commission of the prohibited act, award such additional damages as it may consider appropriate in the circumstances if it is satisfied that it is proper to do so having regard to— (a) the flagrancy of the infringement or prohibited act; (b) any benefit shown to have accrued to the defendant by reason of the infringement or prohibited act; and (c) all other relevant matters. (8) In awarding statutory damages under paragraph (1)(d), the court shall have regard to— (a) the nature and purpose of the infringing act or prohibited act, including whether the infringing act or prohibited act was of a commercial nature or otherwise; (b) the flagrancy of the infringement or prohibited act; (c) whether the defendant acted in bad faith; (d) any loss that the plaintiff has suffered or is likely to suffer by reason of the infringement or prohibited act; (e) any benefit shown to have accrued to the defendant by reason of the infringement or prohibited act; (f) the conduct of the parties before and during the proceedings; (g) the need to deter other similar infringement or prohibited act; and (h) all other relevant matters. (9) An injunction shall not be issued in any proceedings under this section if it requires a completed or partly built building to be demolished or prevents the completion of a partly built building. (10) For the purposes of this section and section 38— (a) “action” includes a counterclaim, and reference to the plaintiff and to the defendant in an action shall be construed accordingly; (b) “collective work” means a work in which relevant materials, constituting separate and independent works in themselves, are assembled into a collective whole; and (c) “court” means the appropriate High Court in Malaysia. (11) For the purpose of this section, “owner of the copyright” means the first owner or an assignee of the relevant part of the copyright.

Malay text (authoritative)

Tindakan pemunya hak cipta dan relif

(1) Tindakan terhadap pelanggaran hak cipta dan perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36A dan 36B bolehlah diambil tindakan atas guaman pemunya hak cipta itu dan, dalam apa-apa tindakan bagi pelanggaran atau perbuatan yang dilarang sedemikian, mahkamah boleh memberikan jenis relief yang berikut: (a) suatu perintah injunksi; (b) ganti rugi; (c) suatu akaun keuntungan; (d) ganti rugi statutori yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi setiap karya, tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit pada agregatnya; atau (e) apa-apa perintah lain yang difikirkan patut oleh mahkamah. (2) Walau apa pun subseksyen (1), semua relief boleh didapati oleh plaintif dalam sesuatu tindakan di bawah subseksyen 36A(3) kecuali ganti rugi statutori. (3) Dalam membuat sesuatu award di bawah perenggan (1)(b), mahkamah boleh juga membuat perintah di bawah perenggan (1)(c) bagi suatu akaun apa-apa keuntungan yang boleh dikaitkan dengan pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu yang tidak diambil kira dalam mengira ganti rugi. (4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), jenis relief yang disebut dalam perenggan (1)(b), (c) dan (d) adalah berbeza sama sekali. (5) Bagi maksud perenggan (1)(d), semua bahagian sesuatu karya kolektif hendaklah dikira sebagai satu karya. (6) Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini telah dipastikan bahawa suatu pelanggaran atau perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36A atau 36B telah dilakukan tetapi juga telah dipastikan bahawa pada masa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dilakukan defendan tidak menyedari, dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki, bahawa perbuatan itu ialah suatu pelanggaran hak cipta atau dilarang di bawah seksyen 36A atau 36B, plaintif tidaklah berhak di bawah seksyen ini kepada apa-apa ganti rugi terhadap defendan berkenaan dengan pelanggaran atau perbuatan yang dilarang yang dilakukan itu, tetapi hendaklah berhak kepada suatu akaun keuntungan atau ganti rugi statutori sama ada apa-apa relief lain diberikan atau tidak di bawah seksyen ini. (7) Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini pelanggaran hak cipta atau pelakuan perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36 A atau 36B dipastikan, mahkamah boleh, dalam menilai ganti rugi bagi pelanggaran atau pelakuan perbuatan yang dilarang itu, mengaward apa-apa ganti rugi tambahan yang difikirkannya patut dalam hal keadaan itu jika ia berpuas hati bahawa adalah patut untuk berbuat demikian dengan mengambil kira— (a) bahawa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dibuat secara terang-terangan; (b) apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai telah terakru kepada defendan oleh sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu; dan (c) semua perkara lain yang berkaitan. (8) Dalam mengaward ganti rugi statutori di bawah perenggan (1)(d), mahkamah hendaklah mengambil kira— (a) sifat dan maksud perbuatan yang melanggar atau perbuatan yang dilarang itu, termasuk sama ada perbuatan yang melanggar atau perbuatan yang dilarang itu bersifat komersial atau selainnya; (b) bahawa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dibuat secara terang-terangan; (c) sama ada defendan bertindak dengan niat jahat; (d) apa-apa kerugian yang dialami oleh plaintif atau berkemungkinan akan dialami oleh plaintif oleh sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu; (e) apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai telah terakru kepada defendan atas sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu; (f) kelakuan pihak-pihak sebelum dan semasa prosiding; (g) keperluan untuk menghalang pelanggaran atau perbuatan yang dilarang lain yang serupa; dan (h) semua perkara lain yang berkaitan. (9) Injunksi tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen ini jika ia menghendaki sesuatu bangunan yang sudah siap atau sebahagiannya sudah dibina diruntuhkan atau menahan sesuatu bangunan yang sebahagiannya sudah dibina daripada disiapkan. (10) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 38— (a) “tindakan” termasuklah tuntutan balas, dan sebutan mengenai plaintif dan mengenai defendan dalam sesuatu tindakan hendaklah ditafsirkan sewajarnya; (b) “karya kolektif” ertinya suatu karya yang dalamnya bahan yang berkaitan, yang setiap satunya merupakan karya yang berasingan dan tersendiri, dikumpulkan menjadi suatu karya lengkap secara kolektif; dan (c) “mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan di Malaysia. (11) Bagi maksud seksyen ini, “pemunya hak cipta” ertinya pemunya pertama atau pemegang serah hak bahagian hak cipta yang berkaitan itu.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 332 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next