My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1987

Copyright Act 1987 s 39

Copyright Act 1987 s 39

s 39 Restriction on importation of infringing copies

(1) The owner of copyright in any work, or any person authorized by him, may make an application to the Controller to request that during a period specified in the application copies of the work to which this section applies be treated as infringing copies. (1A) The application under subsection (1)— (a) shall be in such form as may be prescribed; (b) shall state that the person named in it is the owner of the copyright; and (c) shall be supported by such documents and information, and accompanied by such fee, as may be prescribed. (2) This section shall apply to any copy of a work made outside Malaysia the making of which was carried out without the consent or licence of the owner of the copyright in the work. (2A) Upon receipt of the application under subsection (1), the Controller shall determine the application and the Controller shall within a reasonable period inform the applicant by a written notice whether the application has been approved and specify the period during which the copies shall be treated as infringing copies. (3) Where the application is approved by the Controller in respect of a work and the application is not withdrawn, the importation of any infringing copies into Malaysia for the duration of the period specified in the Controller’s notice shall be prohibited: Provided that this subsection shall not apply to the importation of any copy by a person for his private and domestic use. (4) (Deleted by Act A1082). (5) The Controller shall require any person making an application under subsection (1)— (a) to deposit a security which in the Controller’s opinion is sufficient to reimburse the Government for any liability or expenses which may be incurred in consequence of the detention at any time within the period specified in the Controller’s notice of any infringing copies or in consequence of anything done in relation to a copy so detained; and (b) whether or not a security is given, to keep the Controller indemnified against any liability or expenses referred to in paragraph (a). (6) Any Assistant Controller, police officer not below the rank of Inspector or any officer of Customs, with or without application under subsection (1), may search for and seize any infringing copies which are prohibited from being imported into Malaysia. (7) Whenever any infringing copies are seized under this section, the seizing officer shall forthwith give notice in writing of such seizure and the grounds thereof to the owner of the infringing copies if known, either by delivering such notice to him personally or by post at his residence, if known: Provided that such notice shall not be required to be given where such seizure is made on the person, or in the presence of the offender or the owner or his agent, or in the case of a vessel or aircraft, in the presence of the master or pilot, as the case may be. (8) Infringing copies shall be liable to forfeiture as if they were prohibited goods under the law relating to Customs. (9) The Minister may make such regulations as he thinks necessary or expedient for the purpose of this section.

Malay text (authoritative)

Sekatan ke atas pengimportan salinan langgaran

(1) Pemunya hak cipta mengenai mana-mana karya, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, boleh membuat permohonan kepada Pengawal untuk meminta supaya sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam permohonan itu salinan karya yang baginya seksyen ini terpakai dianggap sebagai salinan langgaran. (1A) Permohonan di bawah subseksyen (1)— (a) hendaklah dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan; (b) hendaklah menyatakan yang orang yang dinamakan di dalamnya adalah pemunya hak cipta itu; dan (c) hendaklah disokong oleh apa-apa dokumen dan maklumat, dan disertai dengan fi, sebagaimana yang ditetapkan. (2) Seksyen ini hendaklah terpakai kepada mana-mana salinan sesuatu karya yang dibuat di luar Malaysia yang pembuatannya dijalankan tanpa persetujuan atau lesen pemunya hak cipta dalam karya itu. (2A) Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1), Pengawal hendaklah memutuskan permohonan itu dan Pengawal hendaklah dalam tempoh yang munasabah memberitahu pemohon dengan notis bertulis sama ada permohonan itu diluluskan dan menyatakan tempoh salinan itu akan dianggap sebagai salinan langgaran. (3) Jika permohonan itu diluluskan oleh Pengawal berkenaan dengan sesuatu karya dan permohonan itu tidak ditarik balik, pengimportan apa-apa salinan langgaran ke dalam Malaysia sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam notis Pengawal itu adalah dilarang: Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi pengimportan apa-apa salinan oleh seseorang bagi kegunaan persendirian dan domestiknya. (4) (Dipotong oleh Akta A1082). (5) Pengawal hendaklah menghendaki mana-mana orang yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1)— (a) supaya mendepositkan cagaran yang pada pendapat Pengawal adalah mencukupi untuk membayar ganti Kerajaan bagi apa-apa liabiliti atau perbelanjaan yang mungkin ditanggung berikutan dengan penahanan pada bila-bila masa dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis Pengawal itu apa-apa salinan langgaran atau berikutan dengan apa-apa jua yang dilakukan berhubungan dengan salinan yang ditahan itu; dan (b) sama ada atau tidak cagaran diberikan, supaya sentiasa mengganti rugi Pengawal terhadap apa-apa liabiliti atau perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (a). (6) Mana-mana Penolong Pengawal, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai Kastam, dengan atau tanpa permohonan di bawah subseksyen (1), boleh mencari dan menyita mana-mana salinan langgaran yang dilarang daripada diimport ke dalam Malaysia. (7) Apabila mana-mana salinan langgaran disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita hendaklah dengan segera memberi notis bertulis mengenai penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya salinan langgaran jika diketahui, sama ada dengan sendiri menyerahkan notis itu kepadanya atau dengan pos di tempat kediamannya, jika diketahui: Dengan syarat bahawa notis tersebut tidaklah dikehendaki diberi jika penyitaan dibuat pada orang itu atau di hadapan pesalah atau pemunya atau ejennya, atau dalam hal suatu vesel atau kapal udara, di hadapan nakhoda atau juruterbangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (8) Salinan langgaran boleh kena dirampas seolah-olah ia barang larangan di bawah undang-undang berhubungan dengan Kastam. (9) Menteri boleh membuat peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud seksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 332 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next