My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1987

Copyright Act 1987 s 42

Copyright Act 1987 s 42

s 42 Affidavit admissible in evidence

(1) An affidavit, certified extracts of the Register of Copyright referred to in section 26B or statutory declaration made before any person having authority to administer oath by or on behalf of any person claiming to be— (a) the owner of the copyright in any works eligible for copyright under this Act stating that— (i) at the time specified herein copyright subsisted in such work; (ii) he or the person named therein is the owner of the copyright; and (iii) a copy of the work annexed thereto is the true copy thereof; or (b) the performer in a performance eligible for performers’ right under this Act stating that— (i) at the time specified therein performers’ right subsisted in such performance; (ii) he or the person named therein is the performer; and (iii) a copy of the document annexed thereto is the document which proves that he or the person named therein performed in the performance, shall be admissible in evidence any proceedings under this Act and shall be prima facie evidence of the facts contained therein. (2) Any person who is authorized to act on behalf of the owner of the copyright or performer for the purposes of subsection (1) shall be required to produce such authorization in writing. (3) (Deleted by Act A1082).

Malay text (authoritative)

Afidavit boleh diterima dalam keterangan

(1) Afidavit, petikan yang diperakui sah daripada Daftar Hak Cipta yang disebut dalam seksyen 26B atau akuan berkanun yang dibuat di hadapan mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang mengaku bahawa dia ialah— (a) pemunya hak cipta mengenai mana-mana karya yang layak dilindungi oleh hak cipta di bawah Akta ini yang menyatakan bahawa— (i) pada masa yang ditetapkan di dalamnya hak cipta wujud mengenai karya itu; (ii) dia atau orang yang dinamakan di dalamnya adalah pemunya hak cipta itu; dan (iii) satu salinan karya itu yang disertakan bersama-sama afidavit atau akaun berkanun itu adalah salinan asal karya itu; atau (b) pelaku dalam persembahan yang layak dilindungi oleh hak pelaku di bawah Akta ini yang menyatakan bahawa— (i) pada masa yang ditetapkan di dalamnya hak pelaku wujud mengenai persembahan itu; (ii) dia atau orang yang dinamakan di dalamnya adalah pelaku itu; dan (iii) satu salinan dokumen yang disertakan bersama-sama afidavit atau akuan berkanun itu adalah dokumen yang membuktikan bahawa dia atau orang yang dinamakan di dalamnya telah membuat persembahan dalam persembahan itu, bolehlah diterima sebagai keterangan di dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang terkandung di dalamnya. (2) Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemunya hak cipta atau pelaku bagi maksud subseksyen (1) adalah dikehendaki menunjukkan kuasa secara bertulis yang membenarkannya bertindak sedemikian. (3) (Dipotong oleh Akta A1082).

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 332 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next