My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1987

Copyright Act 1987 s 48

Copyright Act 1987 s 48

s 48 Obstruction to search, etc.

Any person who— (a) refuses any Assistant Controller or police officer not below the rank of Inspector access to any place; (b) assaults, obstructs, hinders or delays any Assistant Controller or police officer not below the rank of Inspector in effecting any entry which he is entitled to effect under this Act, or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act; (c) refuses to give to any Assistant Controller or police officer not below the rank of Inspector any information relating to an offence or suspected offence under this Act or any other information which may reasonably be required of him and which he has in his knowledge or power to give; (d) with a view to deceiving any public officer in the execution of the provisions of this Act, or with a view to procuring or influencing the doing or omission of anything in relation to this Act, knowingly gives any false information or makes any statement which is false and which he either knows or believes to be false or does not believe to be true; (e) in the affidavit or statutory declaration referred to in subsection 42(1), makes any statement which is false, and which he either knows or believes to be false or does not believe to be true, touching any point material to the object for which the affidavit or declaration is made or used under subsection 42(1); or (f) knowing or having reason to believe that an offence has been committed, causes any evidence of the commission of that offence to disappear with the intention of screening the offender from legal punishment, or with the knowledge that he is likely thereby to screen the offender from legal punishment, or with that intention or knowledge gives any information in respect of the offence which he knows or believes to be false, shall be guilty of an offence.

Malay text (authoritative)

Galangan terhadap carian, dsb.

Mana-mana orang yang— (a) tidak membenarkan mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor akses kepada mana-mana tempat; (b) menyerang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dalam melangsungkan apa-apa kemasukan yang dia berhak untuk melangsungkan di bawah Akta ini, atau dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; (c) enggan memberi kepada mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor apa-apa maklumat berkaitan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang dengan munasabah mungkin dikehendaki darinya, yang ada dalam pengetahuannya atau dia mempunyai kuasa untuk memberi; (d) dengan tujuan untuk memperdaya mana-mana pegawai awam dalam melaksanakan peruntukan Akta ini, atau dengan tujuan untuk mendapatkan atau mempengaruhi perlakuan atau ketinggalan apa-apa jua yang berhubungan dengan Akta ini, dengan sengaja memberi apa-apa maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan yang palsu dan yang dia sama ada mengetahui atau mempercayai sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar; (e) dalam afidavit atau akuan berkanun yang disebut dalam subseksyen 42(1), membuat apa-apa pernyataan yang palsu, dan yang dia sama ada mengetahui atau mempercayai sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar, menyentuh apa-apa perkara material kepada tujuan yang baginya afidavit atau akuan itu dibuat atau digunakan di bawah subseksyen 42(1); atau (f) mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, menyebabkan apa-apa keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan itu hilang dengan niat untuk melindungi pesalah daripada hukuman undang-undang, atau dengan pengetahuan bahawa dia dengan itu berkemungkinan melindungi pesalah itu daripada hukuman undang-undang, atau dengan niat atau pengetahuan itu memberi apa-apa maklumat berkenaan dengan kesalahan yang dia ketahui atau percaya adalah palsu, melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 332 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next