My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1987

Copyright Act 1987 s 52B

Copyright Act 1987 s 52B

s 52B Power of the Assistant Controller to require provision of information

(1) This section applies if the Assistant Controller in carrying out an investigation under this Act has reason to believe that any person— (a) has any information or any document that is relevant to the performance of the Assistant Controller’s powers and functions under this Act; or (b) is capable of giving any evidence which the Assistant Controller has reason to believe is relevant to the performance of the Assistant Controller’s powers and functions under this Act. (2) Notwithstanding any provision of any other written law, the Assistant Controller may, by written notice, direct any person— (a) to provide to the Assistant Controller, within the period and in the manner and form specified in the notice, any information or document referred to in subsection (1); (b) to produce to the Assistant Controller, within the period and in the manner specified in the notice, any information or document referred to in subsection (1), whether in physical or electronic form; (c) to make copies of, or extracts from, any document referred to in subsection (1) and to produce copies or extracts of such documents to the Assistant Controller within the period and in the manner specified in the notice; (d) if the person is an individual, to appear before the Assistant Controller at a time and place specified in the notice to give any information, either orally or in writing, and to produce any document referred to in subsection (1), whether in physical or electronic form; (e) if the person is a body corporate or a public body, to cause a relevant and competent officer of the body to appear before the Assistant Controller at a time and place specified in the notice to give any information, either orally or in writing, and produce any document referred to in subsection (1), whether in physical or electronic form; (f) if the person is a partnership, to cause an individual who is a partner in the partnership or an employee of the partnership to appear before the Assistant Controller at a time and place specified in the notice to give any information, either orally or in writing, and to produce any document referred to in subsection (1), whether in physical or electronic form; or (g) to make a statement to the Assistant Controller by providing an explanation of any information or document referred to in subsection (1) within the period and in the manner and form specified in the notice. (3) Where the Assistant Controller directs any person to produce any document under subsection (2) and the document is not in the custody of that person, that person shall— (a) state, to the best of his knowledge and belief, where the document may be found; and (b) identify, to the best of his knowledge and belief, the last person who had custody of the document and to state, to the best of his knowledge and belief, where that lastmentioned person may be found. (4) Any person directed to provide information under subsection (2) or (3) shall ensure that the information provided is true, accurate and complete and such person shall provide an express representation to that effect, including a declaration that he is not aware of any other information which would make the information provided untrue or misleading. (5) Any person who refuses or fails to comply with the direction given by the Assistant Controller under this section commits an offence.

Malay text (authoritative)

Kuasa Penolong Pengawal untuk menghendaki pemberian maklumat

(1) Seksyen ini terpakai jika Penolong Pengawal dalam menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang— (a) mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Penolong Pengawal di bawah Akta ini; atau (b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Penolong Pengawal mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Penolong Pengawal di bawah Akta ini. (2) Walau apa pun apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Penolong Pengawal boleh, dengan notis bertulis, mengarahkan mana-mana orang— (a) untuk memberi Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1); (b) untuk mengemukakan kepada Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik; (c) untuk membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dan untuk mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu kepada Penolong Pengawal dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu; (d) jika orang itu seorang individu, untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik; (e) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan pegawai yang berkaitan dan berkelayakan bagi pertubuhan atau badan itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik; (f) jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja perkongsian itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik; atau (g) untuk membuat suatu pernyataan kepada Penolong Pengawal dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu. (3) Jika Penolong Pengawal mengarahkan mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2) dan dokumen itu tiada dalam jagaan orang itu, orang itu hendaklah— (a) menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan (b) mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai. (4) Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat lain yang menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan. (5) Mana-mana orang yang enggan atau tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Penolong Pengawal di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 332 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next