My bookmarksSign up free
← Copyright Act 1987

Copyright Act 1987 s 61

Copyright Act 1987 s 61

s 61 Repeal

The Copyright Act 1969 [Act 10] is repealed: Provided that— (a) nothing contained in this Act shall affect any person’s liability to be prosecuted or punished for offences committed under the repealed Act before the coming into operation of this Act, or any proceedings brought or sentence imposed before that day in respect of such offence; (b) any proceedings, whether civil or criminal, or cause of action pending or existing immediately before the coming into operation of this Act shall be continued or instituted under the repealed law as if this Act had not been made; (c) any right, privilege, obligation or liability acquired, accrued or incurred under the repealed Act and any legal proceedings (civil or criminal) or remedy in respect of such right, privilege, obligation or liability shall not be affected and any such legal proceedings or remedy may be instituted or enforced under the relevant provisions of this Act. Saving and transitional 20. (1) All references to “licensing body” under the principal Act or any subsidiary legislation made under the principal Act shall, on the date of coming into operation of this Act, be construed as references to “collective management organization”. (2) Any application for declaration made under section 27A of the principal Act which is pending before the date of coming into operation of this Act shall, on the date of coming into operation of this Act, be dealt with in accordance with the provision of the principal Act as amended by this Act. (3) Any applicant that has been declared as a licensing body under subsection 27A(3) of the principal Act before the date of coming into operation of this Act shall be deemed to be declared as a collective management organization for the period of two years from the date of coming into operation of this Act. (4) Any action under the principal Act done by a licensing body before the date of coming into operation of this Act shall remain valid from the date of coming into operation of this Act, until amended, replaced, rescinded or revoked. LAWS OF MALAYSIA *NOTE—see section 20 of the Copyright (Amendment) Act 2022 [Act A1645] w.e.f. 18 March 2022 which provides the following provision:

Malay text (authoritative)

Pemansuhan

Akta Hakcipta 1969 [Akta 10] adalah dimansuhkan: Dengan syarat bahawa— (a) tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang yang akan didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu; (b) apa-apa prosiding sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang yang ada sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini boleh diteruskan atau dimulakan di bawah undang-undang yang dimansuhkan seolah-olah Akta ini telah tidak dibuat; (c) apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan apa-apa prosiding undang-undang (sivil atau jenayah) atau remedi berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti itu tidaklah terjejas dan mana-mana prosiding undang-undang atau remedi itu boleh dimulakan atau dikuatkuasakan di bawah peruntukan yang relevan dalam Akta ini. *CATATAN— lihat seksyen 20 Akta Hak Cipta 1987 [Akta A1645] m.b.p. 18 Mac 2022 yang memberikan peruntukan kecualian dan peralihan seperti yang berikut: Kecualian dan peralihan 20. (1) Semua sebutan mengenai “badan pelesenan” di bawah Akta ibu atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “organisasi pengurusan kolektif”. (2) Mana-mana permohonan bagi perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen 27A Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini. (3) Mana-mana pemohon yang telah diisytiharkan sebagai badan pelesenan di bawah subseksyen 27A(3) Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah diisytiharkan sebagai suatu organisasi pengurusan kolektif bagi tempoh dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. (4) Apa-apa tindakan di bawah Akta ibu yang dilakukan oleh badan pelesenan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah kekal sah dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, sehingga dipinda, digantikan, ditamatkan atau dibatalkan. UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 332 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 30 June 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next