My bookmarksSign up free
← Fire Services Act 1988

Fire Services Act 1988 s 2

Fire Services Act 1988 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “this Act” includes regulations and other subsidiary legislation made under this Act; “fire-hazard” means— (a) any unlawful alteration to any building such as might render escape from any part thereof in the event of a fire materially more difficult or less easy than it would be if the alteration had not been made; (b) the overcrowding of any place of public entertainment or public gathering such as might render escape from any part thereof in the event of a fire difficult; (c) any removal or absence from any building of any fire-fighting equipment or fire safety installation that is required by law to be provided in the building; (d) the presence within or outside any building of any fire-fighting equipment or fire safety installation or any facility, installed in accordance with the requirement of any written law or as required by the Fire and Rescue Department, that is not in efficient working order; (e) inadequate means of exit from any part of a building to any place, whether within or outside the building, that provides safety to persons in the event of a fire; or (f) any other matter or circumstance that materially increases the likelihood of a fire or the danger to life or property that would result from the outbreak of a fire, or that would materially hamper the Fire and Rescue Department in the discharge of its duties in the event of a fire; “calamity” means an occurrence by which life or property is or is likely to be endangered; “prescribed” means prescribed by regulations made under this Act; “Committee” means the Fire Services Department Welfare Fund Committee established under section 48a; “fire-fighting equipment or fire safety installation” means any equipment or installation for— (a) extinguishing, fighting, preventing or limiting a fire; (b) giving warning of a fire; (c) providing access to any premises or place or to any part thereof for the purpose of extinguishing, fighting, preventing or limiting a fire; (d) providing emergency power supply in the event of normal power failure; (e) providing emergency lighting for purposes of escape from buildings; (f) giving direction towards an escape route or place of refuge; (g) providing adequate and safe egress for the purpose of evacuation or exit of occupants in the event of fire; or (h) controlling the spread of smoke resulting from a fire; “vehicle” has the meaning assigned to it in the Road Transport Act 1987 [Act 333]; “Director General” means the Director General of Fire and Rescue appointed pursuant to subsection 3(2); “Fund” means the Fire Services Department Welfare Fund established under section 48; “contravention” includes failure to comply, and “contravene” has a corresponding meaning; “court” means a court of a Magistrate of the First Class; “State” includes the Federal Territory; “notice” means a notice in writing; “Voluntary Fire Brigade” means a Voluntary Fire Brigade established under section 4B; “Fire Officer” means a person employed in the Fire and Rescue Department to perform duties in the performance of which he is required or permitted to wear a uniform; “Auxiliary Fire Officer” means an Auxiliary Fire Officer appointed under section 4; “authorized officer” means the Director General and any Fire Officer or Auxiliary Fire Officer authorized by the Director General in writing to act under the provisions of this Act; “Senior Fire Officer” means a Fire Officer of any rank from and including that of Director General down to and including that of Assistant Fire Superintendent; “owner”, in relation to any premises, means— (a) the registered proprietor of the premises; (b) if the registered proprietor of the premises cannot be traced, his agent or trustee; (c) if the registered proprietor of the premises is dead, his legal personal representative; (d) if none of the persons mentioned in paragraphs (a), (b) and (c) exists, the person who for the time being is receiving the rent of the premises, whether on his own account or as an agent or trustee of another person or as a receiver, or who would be receiving the rent if the premises were let; “Registrar” means the Director General; “Director” includes a State Director; “State Director” means a Director of Fire and Rescue appointed for a State pursuant to subsection 3(3); “fire certificate” means a fire certificate issued by the Director General under subsection 29(4); “closing order” means an order made under section 13 that prohibits such use of any premises as is specified in the order, the use of which may materially increase the likelihood of a fire or the danger to life or property resulting from the outbreak of a fire in or on the premises or other premises; “water authority” means any person or body who is authorized or required under any written law to supply water and to levy charges for such supply; “premises” includes messuages, houses, buildings or part of a building, lands, tenements, easements and hereditaments of any tenure, whether open or enclosed, whether built on or not, whether public or private, and whether maintained or not under statutory authority; “designated premises” means premises the use, size or location of which has been designated under section 27 for the purpose of issuance of a fire certificate; “special duty” means any duty or service rendered by any Fire Officer, Auxiliary Fire Officer or Voluntary Fire Officer, other than fire-fighting or emergency duties, as authorized by the Director General under section 50; “vessel” includes every kind of steam or sailing vessel, hulk, junk, boat, sampan or any kind of raft used for the conveyance of persons or things by water or for storage.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Akta ini” termasuklah peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini; “bahaya kebakaran” ertinya— (a) apa-apa pengubahan yang menyalahi undang-undang pada mana-mana bangunan yang mungkin menjadikan pelepasan diri dari mana-mana bahagiannya sekiranya berlaku kebakaran secara materialnya lebih sukar atau kurang mudah daripada yang sepatutnya jika pengubahan itu tidak dibuat; (b) kesesakan mana-mana tempat hiburan awam atau perhimpunan awam yang mungkin menjadikan pelepasan diri dari mana-mana bahagiannya sukar sekiranya berlaku kebakaran; (c) apa-apa pengalihan dari, atau ketiadaan dalam, mana-mana bangunan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diadakan di dalam bangunan itu; (d) adanya di dalam atau di luar mana-mana bangunan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran atau apa-apa kemudahan, yang dipasang mengikut kehendak mana-mana undang-undang bertulis atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang tidak berada dalam keadaan baik; (e) jalan keluar yang tidak mencukupi dari mana-mana bahagian sesuatu bangunan ke mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bangunan itu, yang memberikan keselamatan kepada orang sekiranya berlaku kebakaran; atau (f) apa-apa perkara atau hal keadaan lain yang secara materialnya meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya kebakaran, atau yang secara materialnya akan mengganggu Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menjalankan tugasnya sekiranya berlaku kebakaran; “bencana” ertinya suatu kejadian yang disebabkannya nyawa atau harta terancam atau mungkin akan terancam; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba yang ditubuhkan di bawah seksyen 48a; “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran” ertinya apa-apa kelengkapan atau pepasangan bagi— (a) memadam, menentang, mencegah atau mengehadkan kebakaran; (b) memberikan amaran tentang sesuatu kebakaran; (c) mengadakan laluan masuk ke mana-mana premis atau tempat atau ke mana-mana bahagiannya bagi maksud memadam, menentang, mencegah atau mengehadkan kebakaran; (d) mengadakan bekalan kuasa kecemasan sekiranya berlaku gangguan kuasa biasa; (e) mengadakan lampu kecemasan bagi maksud melepaskan diri dari bangunan; (f) menunjukkan arah ke suatu laluan kecemasan atau tempat berlindung; (g) mengadakan jalan keluar yang cukup dan selamat bagi maksud pengungsian atau pengeluaran penghuni sekiranya berlaku kebakaran; atau (h) mengawal merebaknya asap akibat daripada kebakaran; “kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat yang dilantik menurut subseksyen 3(2); “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba yang ditubuhkan di bawah seksyen 48; “pelanggaran” termasuklah kegagalan mematuhi, dan “melanggar” mempunyai makna yang bersamaan; “mahkamah” ertinya mahkamah Majistret Kelas Pertama; “Negeri” termasuklah Wilayah Persekutuan; “notis” ertinya suatu notis secara bertulis; “Pasukan Bomba Sukarela” ertinya Pasukan Bomba Sukarela yang ditubuhkan di bawah seksyen 4B; “Pegawai Bomba” ertinya orang yang diambil khidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk melaksanakan tugas yang pada melaksanakannya dia dikehendaki atau dibenarkan untuk memakai pakaian seragam; “Pegawai Bomba Bantuan” ertinya seorang Pegawai Bomba Bantuan yang dilantik di bawah seksyen 4; “pegawai diberi kuasa” ertinya Ketua Pengarah dan mana-mana Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah secara bertulis untuk bertindak di bawah peruntukan Akta ini; “Pegawai Kanan Bomba” ertinya seorang Pegawai Bomba daripada apa-apa pangkat daripada dan termasuk Ketua Pengarah ke bawah hingga dan termasuk Penolong Penguasa Bomba; “pemunya”, berhubung dengan mana-mana premis, ertinya— (a) tuan punya berdaftar premis itu; (b) jika tuan punya berdaftar premis itu tidak dapat dikesan, ejennya atau pemegang amanahnya; (c) jika tuan punya berdaftar premis itu telah mati, wakil dirinya di sisi undang-undang; (d) jika tiada mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) wujud, orang yang pada masa ini menerima sewa premis itu, sama ada bagi dirinya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah seseorang yang lain atau sebagai seorang penerima, atau yang sepatutnya menerima sewa itu jika premis itu disewakan; “Pendaftar” ertinya Ketua Pengarah; “Pengarah” termasuklah Pengarah Negeri; “Pengarah Negeri” ertinya Pengarah Bomba dan Penyelamat yang dilantik bagi sesuatu Negeri menurut subseksyen 3(3); “perakuan bomba” ertinya perakuan bomba yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 29(4); “perintah tutup” ertinya suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 13 yang melarang apa-apa penggunaan mana-mana premis sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, yang penggunaannya boleh secara materialnya meningkatkan kemungkinan terjadinya kebakaran atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya kebakaran di dalam atau ke atas premis itu atau premis lain; “pihak berkuasa air” ertinya mana-mana orang atau badan yang diberi kuasa atau dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk membekalkan air dan mengenakan caj bagi bekalan itu; “premis” termasuklah mesuaj, rumah, bangunan atau bahagian sesuatu bangunan, tanah, tenemen, isemen dan hereditamen daripada apa-apa pemegangan, sama ada terbuka atau terkepung, sama ada terdapat binaan atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggara di bawah pihak berkuasa berkanun atau tidak; “premis ditetapkan” ertinya premis yang penggunaan, saiz atau tempatnya, telah ditetapkan di bawah seksyen 27 bagi maksud pengeluaran perakuan bomba; “tugas khas” ertinya apa-apa tugas atau perkhidmatan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela, selain tugas menentang kebakaran atau kecemasan, sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 50; “vesel” termasuklah tiap-tiap jenis vesel stim atau layar, hulk, jong, bot, sampan atau apa-apa jenis rakit yang digunakan untuk mengangkut orang atau benda melalui air atau untuk penstoran.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 341 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 April 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next