My bookmarksSign up free
← Fire Services Act 1988

Fire Services Act 1988 s 29

Fire Services Act 1988 s 29

s 29 Application for, and issuance of, fire certificate

(1) An application for a fire certificate in respect of any designated premises shall be made to the Director General in the prescribed form. (2) On receipt of an application for a fire certificate in respect of any designated premises, the Director General may require the applicant, within a specified time, to furnish him with such plans of the premises and any other relevant particulars as he may specify. (3) If the applicant fails to furnish the required plans and the relevant particulars within the specified time, the application shall be deemed to have been withdrawn. (4) Where an application for a fire certificate has been duly made, the Director General shall cause to be carried out an inspection of the designated premises and, on being satisfied that there exists adequate fire-fighting equipment or fire safety installation in relation to the use of the designated premises, the Director General shall issue a fire certificate in respect of the premises subject to such conditions as he thinks fit to impose or which may be prescribed. (5) Where the Director General, after causing to be carried out under subsection (4) an inspection of the relevant premises, is not satisfied that there exists such adequate fire-fighting equipment or fire safety installation in relation to the use of the designated premises as aforesaid, he shall, by notice served on the applicant, inform him of the requirements to be complied with within a specified time before the fire certificate can be issued to the applicant. (6) In this section, “applicant” means the owner, occupier or the person having the overall management of the designated premises.

Malay text (authoritative)

Permohonan bagi, dan pengeluaran, perakuan bomba

(1) Sesuatu permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan. (2) Apabila permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan diterima, Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon, dalam masa yang dinyatakan, mengemukakan kepadanya apa-apa pelan premis itu dan apa-apa butir lain yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakannya. (3) Jika pemohon tidak mengemukakan pelan yang dikehendaki dan butir-butir berkaitan itu dalam masa yang dinyatakan, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik. (4) Jika permohonan bagi perakuan bomba telah dibuat dengan sewajarnya, Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya dijalankan suatu pemeriksaan ke atas premis ditetapkan itu, dan apabila berpuas hati bahawa terdapat kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang mencukupi berhubung dengan penggunaan premis ditetapkan itu, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan bomba berkenaan dengan premis ditetapkan itu tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan atau yang ditetapkan. (5) Jika Ketua Pengarah, selepas menyebabkan supaya dijalankan suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (4) ke atas premis yang berkaitan, tidak berpuas hati bahawa wujudnya apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang mencukupi berhubung dengan penggunaan premis ditetapkan itu seperti yang disebut terdahulu, dia hendaklah, dengan menyampaikan notis kepada pemohon, memberitahu pemohon itu tentang kehendak yang perlu dipatuhi dalam masa yang dinyatakan sebelum perakuan bomba itu boleh dikeluarkan kepada pemohon itu. (6) Dalam seksyen ini, “pemohon” ertinya pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis ditetapkan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 341 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 April 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next