(1) There shall be established a fund to be known as the “Fire Services Department Welfare Fund” which shall be operated as a Trust Account within the Federal Consolidated Fund.
(2) The Fund shall consist of—
(a) all fines inflicted upon Fire Officers in any disciplinary proceedings;
(b) one-half of the sums paid for the services of Fire Officers detailed to do special duty under section 50 and for the use of equipment furnished therefor;
(c) all sums of moneys and other property offered to Fire Officers and forfeited by an order of court;
(d) donations or reward offered to the Fund or individual members of the Fire and Rescue Department respectively and accepted by the Director General;
(e) income arising from the disposal of property or investments purchased or arising from the moneys of the Fund;
(f) all sums of moneys or benefit derived from the sponsoring of seminars or other events; and
(g) all sums of moneys contributed by the Government.
Malay text (authoritative)
Penubuhan Kumpulan Wang
(1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba” yang akan dikendalikan sebagai Akaun Amanah dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) semua denda yang dikenakan ke atas Pegawai Bomba dalam mana-mana prosiding tatatertib;
(b) satu perdua daripada jumlah wang yang dibayar bagi perkhidmatan Pegawai Bomba yang ditugaskan menjalankan tugas khas di bawah seksyen 50 dan bagi penggunaan kelengkapan yang disediakan baginya;
(c) semua jumlah wang dan harta lain yang diberikan kepada Pegawai Bomba dan dilucuthakkan atas perintah mahkamah;
(d) derma atau hadiah yang diberikan kepada Kumpulan Wang atau anggota perseorangan Jabatan Bomba dan Penyelamat masing-masing dan diterima oleh Ketua Pengarah;
(e) pendapatan yang didapati daripada pelupusan harta atau pelaburan yang dibeli atau didapati daripada wang Kumpulan Wang;
(f) semua jumlah wang atau faedah yang diperoleh daripada penganjuran seminar atau peristiwa lain; dan
(g) semua jumlah wang yang disumbangkan oleh Kerajaan.
Text as at 1 April 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).