My bookmarksSign up free
← Fire Services Act 1988

Fire Services Act 1988 s 62

Fire Services Act 1988 s 62

s 62 Power to make regulations

(1) The Minister may make regulations for the better carrying out of the purposes and the provisions of this Act, and in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing, for all or any of the following matters: (a) regulating the manufacture, sale, installation, testing, servicing and recharging of fire-fighting equipment or fire safety installation; (b) prescribing the types, locations and testing of fire-fighting equipment or fire safety installation used in any premises; (c) regulating the establishment of fire-brigades in private organizations, educational institutions and voluntary organizations; (ca) regulating the establishment, duties and powers of voluntary fire-brigades; (d) regulating the establishment, duties and powers of fire safety organization in designated premises; (e) prescribing the uniforms, rank markings, identification cards and necessaries to be supplied to Fire Officers, Auxiliary Fire Officers and Voluntary Fire Officers; (f) providing for all matters relating to Auxiliary Fire Officers and Voluntary Fire Officers, including their duties, powers, allowances and compensation; (g) prescribing the code of conduct of Fire Officers; (h) prohibiting, restricting or controlling the burning by any person of forest, shrub or other vegetation in any area; (i) regulating all matters relating to fire safety and fire precautions; (j) prohibiting, restricting or controlling the burning of flammable materials; (k) regulating the transportation, use, handling or storage of flammable materials; (l) prescribing the fees payable under the provisions of this Act; (m) prescribing matters that may be or are required to be prescribed; (n) prescribing the offences under this Act which may be compounded, the procedure to be followed and the forms to be used in compounding; (o) regulating the administration of the Fire Services Department Welfare Fund. (2) The Minister may, in regulations made under subsection (1), prescribe penalties of a fine not exceeding ten thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding three years or both for the contravention of any provision of such regulations and, in the case of a continuing offence, a sum not exceeding one hundred ringgit for each day during which such offence is continued after conviction.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan tujuan dan peruntukan Akta ini dengan lebih baik, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan terdahulu, bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) mengawal selia pengilangan, penjualan, pemasangan, pengujian, penservisan dan pengecasan semula kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; (b) menetapkan jenis, tempat dan pengujian kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang digunakan di dalam mana-mana premis; (c) mengawal selia penubuhan pasukan bomba di organisasi persendirian, institusi pendidikan dan organisasi sukarela; (ca) mengawal selia penubuhan, tugas dan kuasa pasukan bomba sukarela; (d) mengawal selia penubuhan, tugas dan kuasa organisasi keselamatan kebakaran di premis ditetapkan; (e) menetapkan pakaian seragam, tanda pangkat, kad pengenalan diri dan keperluan yang hendaklah dibekalkan kepada Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela; (f) mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang berhubungan dengan Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela, termasuk tugas, kuasa, elaun dan pampasan mereka; (g) menetapkan tatalaku bagi Pegawai Bomba; (h) melarang, menyekat atau mengawal pembakaran hutan, belukar atau tumbuhan-tumbuhan lain di mana-mana kawasan oleh mana-mana orang; (i) mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan keselamatan kebakaran dan langkah berjaga-jaga kebakaran; (j) melarang, menyekat atau mengawal pembakaran bahan mudah terbakar; (k) mengawal selia pengangkutan, penggunaan, pengendalian atau penstoran bahan mudah terbakar; (l) menetapkan fi yang kena dibayar di bawah peruntukan Akta ini; (m) menetapkan perkara yang boleh atau dikehendaki ditetapkan; (n) menetapkan kesalahan di bawah Akta ini yang boleh dikompaun, tatacara yang hendaklah diikuti dan borang yang hendaklah digunakan semasa mengkompaun; (o) mengawal selia pentadbiran Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba. (2) Menteri boleh, dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1), menetapkan penalti denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya kerana pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, sejumlah wang yang tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 341 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 April 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next