My bookmarksSign up free
← Police Act 1967

Police Act 1967 s 80

Police Act 1967 s 80

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 80 Power of senior police officer holding enquiry to summon witnesses

(1) A senior police officer authorized to make an enquiry into an offence against discipline and the President of any Committee of Enquiry convened under section 79 may apply to a Magistrate for a summons to secure the attendance before such police officer, as a witness, of any person who appears to be acquainted with the circumstances of the case. Thereupon the Magistrate may issue a summons accordingly and the witness shall be bound to answer truly all questions relating to such case as may be put to him by such police officer, and shall produce all documents relevant to such case. (2) Any person summoned as a witness under subsection (1) who fails to attend at the time and place mentioned in the summons or on adjournment, or refuses to answer any question that is lawfully put to him or to produce any such document which it is in his power to produce, shall be guilty of an offence under this Act and shall be liable to a fine of one hundred ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one month or to both: Provided that nothing contained in this section shall render any person compellable to answer any question or produce any document in respect of any matter which would have been protected from disclosure on the ground of privilege if the proceedings had been held in any court.

Malay text (authoritative)

Kuasa pegawai kanan polis yang mengadakan penyiasatan untuk menyaman saksi

(1) Pegawai kanan polis yang diberi kuasa untuk menjalankan penyiasatan ke atas suatu kesalahan terhadap disiplin dan Yang Dipertua mana-mana Jawatankuasa Siasatan yang diadakan di bawah seksyen 79 boleh memohon kepada Majistret supaya mengeluarkan suatu saman untuk mendapatkan seorang yang difikirkan tahu akan hal keadaan perkara itu supaya hadir sebagai saksi di hadapan pegawai polis itu. Atas permohonan itu, Majistret boleh mengeluarkan saman dengan sewajarnya dan saksi itu adalah diwajibkan menjawab dengan sebenarnya semua soalan berhubungan dengan perkara itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai polis itu, dan hendaklah mengemukakan semua dokumen yang relevan dengan perkara itu. (2) Seseorang yang disaman sebagai saksi di bawah subseksyen (1) yang tidak hadir pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam saman itu atau pada masa penangguhan, atau enggan menjawab apaapa soalan yang dikemukakan padanya secara sah atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen yang dia berkuasa mengemukakannya, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh dikenakan denda satu ratus ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya: Dengan syarat bahawa tiada apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh menjadikan mana-mana orang terpaksa menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa dokumen berkenaan dengan apa-apa perkara yang akan dilindungi daripada dizahirkan atas alasan keistimewaan jika prosiding itu diadakan di mana-mana mahkamah.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 344 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next