My bookmarksSign up free
← Wills Act 1959

Wills Act 1959 s 2

Wills Act 1959 s 2

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 2 Tafsiran dan pemakaian

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika terdapat sesuatu yang tidak bersesuaian mengenai perkara atau konteks— “harta” termasuklah tanah, pajakan, sewaan dan hereditamen zahir, tidak zahir atau persendirian dan apa-apa syer individu daripadanya dan apa-apa estet, hak atau kepentingan dalamnya atau berhubung dengannya, wang, syer Kerajaan dan kumpulan wang lain, sekuriti bagi wang, gadaian, hutang, hak dalam tindakan, hak, kredit, barang-barang dan semua harta lain apa-apa jua pun yang diturunkan ke atas wasi atau pentadbir dan apa-apa syer atau kepentingan dalamnya dan apa-apa kepentingan kontingen, eksekutori atau hadapan yang lain; “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; “wasiat” ertinya suatu perisytiharan yang dimaksudkan untuk mempunyai kesan undang-undang bagi niat seorang pewasiat mengenai hartanya atau perkara lain yang dihasratkan olehnya untuk dilaksanakan selepas kematiannya dan termasuklah suatu testamen, kodisil dan suatu pelantikan melalui wasiat atau melalui tulisan atas sifat suatu wasiat dalam menjalankan suatu kuasa dan juga suatu pemindahan melalui wasiat atau testamen bagi penjagaan, jagaan dan tuisyen mana-mana anak. (2) Akta ini tidak terpakai bagi wasiat orang yang menganuti agama Islam yang kuasa perwasiatan hendaklah kekal tidak tersentuh oleh apa-apa pun yang terkandung dalam Akta ini.

Read this section in the full act →

Find Act 346 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next