My bookmarksSign up free
← Population and Family Development Act 1966

Population and Family Development Act 1966 s 16

Population and Family Development Act 1966 s 16

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 16 Peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan maksud dan peruntukan Akta ini dengan patut. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi segala atau mana-mana maksud yang berikut: (a) pemasaran produk dan bahan yang dicipta, dibangunkan, direka, diterbit atau dikeluarkan oleh Lembaga; (b) menetapkan pengenaan dan pengutipan fi atau caj bagi apa-apa perkhidmatan dan perundingan, latihan, penyelidikan, harta intelek atau perkara yang diberikan oleh Lembaga; (c) pemerolehan dan pelupusan apa-apa harta; (d) penubuhan dan pengurusan suatu kumpulan wang latihan bagi latihan pekerja dan pegawai Lembaga yang berpotensi; dan (e) apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini.

Read this section in the full act →

Find Act 352 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next