My bookmarksSign up free
← Population and Family Development Act 1966

Population and Family Development Act 1966 s 3A

Population and Family Development Act 1966 s 3A

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 3A Fungsi Lembaga

Fungsi Lembaga adalah― (a) untuk menasihati Kerajaan tentang perkara yang berhubungan dengan dasar dan program mengenai penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia; (b) untuk merancang, melaksanakan dan menyelaraskan program dan aktiviti penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia; (c) untuk menyebarkan pengetahuan dan mendidik dan menggalakkan tingkah laku positif tentang penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia; (d) untuk bertanggungjawab bagi latihan orang yang terlibat dalam kerja penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia; (e) untuk mengadakan latihan bagi pelatih dalam bidang penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia melalui pembangunan kemahiran, pendidikan berterusan, jaringan, kerjasama teknikal dalam kalangan negara dan perkongsian teknologi komunikasi maklumat dan sumber teknikal; (f) untuk bertanggungjawab dalam mengenal pasti dan menggalakkan keperluan dan keutamaan penyelidikan, dan menjalankan penyelidikan dan juga kajian terhadap penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia termasuklah kajian perubatan dan bioperubatan; (g) untuk mengadakan perkhidmatan berdasarkan keperluan semasa dan baru muncul disebabkan oleh perubahan yang melibatkan penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia; (h) untuk mewujudkan dan menyenggara suatu sistem pemantauan dan penilaian berterusan yang melaluinya adalah mungkin dari semasa ke semasa untuk menilai keberkesanan program dan kemajuan ke arah pencapaian objektif negara; dan (i) untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Read this section in the full act →

Find Act 352 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next