My bookmarksSign up free
← Population and Family Development Act 1966

Population and Family Development Act 1966 s 7A

Population and Family Development Act 1966 s 7A

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 7A Pelantikan pegawai dan pekhidmat

(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Lembaga boleh― (a) dengan kelulusan Menteri, melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah; (b) melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat yang didapati wajar oleh Lembaga. (2) Tiada seorang pun layak diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia, secara langsung atau tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai apa-apa bahagian atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga. (3) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.

Read this section in the full act →

Find Act 352 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next