Population and Family Development Act 1966 Schedule
Schedule SCHEDULESupplementary
[Subsection 3(2)]
1. (1) The following persons shall be disqualified from being appointed or being members of the Board—
(a) a person who is of unsound mind or is otherwise incapable of performing his duties;
(b) a bankrupt;
(c) a person who has been convicted of an offence and sentenced to imprisonment for a term of not less than one year.
(2) A member of the Board shall vacate his office if he fails to attend three consecutive meetings of the Board without the permissions in writing of the Chairman or if he becomes disqualified under subparagraph (1).
2. The Board shall meet not less than once a quarter.
3. (1) The quorum of the Board shall be eight.
(2) If on any question to be determined by the Board there is an equality of votes, the Chairman or other member acting as Chairman shall have a casting vote.
(3) Subject to subparagraphs (1) and (2) the Board shall determine its own procedure.
(4) The seal of the Board shall be authenticated by the Chairman, or other member acting as Chairman, and one other member of the Board, and any document purporting to be sealed with the said seal, authenticated as aforesaid, shall until the contrary is shown be deemed to have been validly executed.
4. The Board may with the approval of the Minister make rules for the establishment and management of a contributory provident fund for the Director General and other officers and servants of the Board and for the payment of salaries, allowances or gratuities to the said Director General, officers and servants on retirement or otherwise ceasing to hold office as such Director, officers or servants.
5. A member of the Board having any interest in any company or undertaking with which the Board proposes to make any contract or having any interest in any such contract or in any matter under discussion by the Board shall disclose to the Board the fact of his interest and the nature thereof, and such disclosure shall be recorded in the minutes of the Board, and unless specifically authorized thereto by the Chairman, the member shall take no part in any deliberation or decision of the Board relating to the contract.
LAWS OF MALAYSIA
POPULATION AND FAMILY DEVELOPMENT
Malay text (authoritative)
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 3(2)]
1. (1) Orang yang berikut hendaklah hilang kelayakan daripada dilantik sebagai atau menjadi anggota Lembaga:
(a) seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya melaksanakan tugas-tugasnya;
(b) seorang bankrap;
(c) seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan, atau keburukan akhlak, suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda.
(2) (Dipotong oleh Akta A1280).
2. Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.
3. (1) Kuorum Lembaga ialah lapan orang.
(2) Jika atas apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota lain yang bertindak sebagai Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(3) Tertakluk kepada subperenggan (1) dan (2), Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
(4) Meterai Lembaga hendaklah disahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pengarah dan mana-mana dokumen yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan seperti yang disebut terdahulu, hendaklah sehingga ditunjukkan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sahnya.
(5) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang didapati patut oleh Lembaga.
(6) Sehingga suatu meterai disediakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi logo dan perkataan “ ………… ” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
(7) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga.
(8) Meterai perbadanan bagi Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
4. (Dipotong oleh Akta A1280).
5. Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat apa-apa kontrak atau mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga fakta dan jenis kepentingannya, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga, dan melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak itu.
6. Anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun yang ditentukan oleh Menteri dengan kelulusan Menteri Kewangan.
_______________
Read this section in the full act →
Find Act 352 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).