My bookmarksSign up free
← Holidays Act 1951

Holidays Act 1951 s 7

Holidays Act 1951 s 7

s 7 Payments, etc., on public or bank holidays

(1) Except where by regulations made under this Act or written contract it is expressly provided to the contrary, no person shall be compellable on a public holiday to make any payment under, or do any act in performance of, a contract: Provided that nothing in this subsection shall be deemed to affect the terms and conditions of service under which a person is employed. (2) No person shall be compellable on a bank holiday to make any payment in or at a bank or to do in or at a bank any act requiring a banking service. Holidays  (3) The obligation to make such payment or to do such act shall apply to the day following such public or bank holiday not being a weekly or a public or bank holiday. (4) The making of such payment and the doing of such act on such following day shall be equivalent to payment of the money or performance of the act on the holiday. *NOTE—All banks in Peninsular Malaysia shall be excluded from the operation of section 5 of, and Second Schedule to, the Holidays Act 1951 [Act 369]–see F.L.N. 346/1963.

Malay text (authoritative)

Pembayaran, dsb. pada hari kelepasan am atau hari kelepasan bank

(1) Kecuali jika diperuntukkan dengan nyata sebaliknya melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau melalui kontrak bertulis, tiada seorang pun boleh pada hari kelepasan am dipaksa membuat apa-apa pembayaran di bawah, atau melakukan apa-apa perbuatan dalam melaksanakan, sesuatu kontrak: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh terma dan syarat perkhidmatan yang di bawahnya seseorang itu diambil bekerja. (2) Tiada seorang pun boleh pada hari kelepasan bank dipaksa membuat apa-apa pembayaran di dalam atau disesuatu bank atau melakukan di dalam atau di sesuatu bank apa-apa perbuatan yang memerlukan perkhidmatan bank. * CATATAN―Semua bank di Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam kuat kuasa seksyen 5 dan Jadual Kedua, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]–lihat P.U.P. 346/1963. Undang-Undang Malaysia AKTA 369 (3) Obligasi untuk membuat pembayaran sedemikian atau untuk melakukan perbuatan tersebut hendaklah terpakai bagi hari yang berikutan hari kelepasan am atau hari kelepasan bank tersebut yang bukannya hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am atau hari kelepasan bank. (4) Pembayaran yang dibuat dan perbuatan yang dilakukan pada hari berikutnya itu adalah sama dengan pembayaran wang atau pelaksanaan perbuatan itu pada hari kelepasan tersebut.

Read this section in the full act →

Find Act 369 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next