s 11 Special provisions relating to transmission of a case to, and trial by, the High Court
(1) Where any case in respect of an offence under this Act is required by the Public Prosecutor to be tried by the High Court, the accused person shall be produced before the appropriate subordinate court which shall, after the charge has been explained to him, transmit the case to the High Court without holding a preliminary inquiry under *Chapter XVII of the Criminal Procedure Code [Act 593], and cause the accused person to appear or be brought before such Court as soon as may be practicable.
**(2) When the accused person appears or is brought before the High Court in accordance with subsection (1), the High Court shall fix a date for his trial which shall be held in accordance with the procedure under Chapter XX of the Criminal Procedure Code.
(3) The trial of a case transmitted to the High Court under subsection (1) shall be by a Judge of the High Court sitting alone, and *Chapters XXI and XXII of the Criminal Procedure Code shall not apply to such trial.
(4) Subsections (1), (2) and (3) shall have effect notwithstanding any other written law to the contrary.
Malay text (authoritative)
Peruntukan khas berkenaan dengan pemindahan sesuatu kes ke, dan perbicaraan oleh, Mahkamah Tinggi
(1) Jika sesuatu kes mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini dikehendaki oleh Pendakwa Raya supaya dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi, orang yang dituduh itu hendaklah dikemukakan di hadapan mahkamah rendah yang sewajarnya yang hendaklah, setelah pertuduhan itu diterangkan kepada orang yang dituduh itu, memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi tanpa mengadakan siasatan permulaan di bawah *Bab XVII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan menyebabkan orang yang dituduh itu hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah itu dengan seberapa segera yang praktik.
*CATATAN—Bab XVII, XXI and XXII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] telah dimansuhkan—lihat seksyen 5 dan 11 Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 1995 [Akta A908].
Undang-Undang Malaysia AKTA 37
*(2) Apabila orang yang dituduh itu hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah Tinggi mengikut subseksyen (1), Mahkamah Tinggi hendaklah menetapkan tarikh bagi perbicaraannya yang hendaklah diadakan mengikut tatacara di bawah Bab XX Kanun Tatacara Jenayah.
(3) Perbicaraan sesuatu kes yang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1) hendaklah oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang bersidang seorang sahaja, dan **Bab XXI dan XXII Kanun Tatacara Jenayah tidaklah terpakai bagi perbicaraan itu.
(4) Subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah berkuat kuasa walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).