My bookmarksSign up free
← Employees’ Social Security Act 1969

Employees’ Social Security Act 1969 Sixth Schedule

Employees’ Social Security Act 1969 Sixth Schedule

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

Sixth Schedule SIXTH SCHEDULESupplementary

[Section 59D] Meetings 1. (1) The Board shall meet at least three times in each year. (2) Meetings of the Board shall be convened by the Chairman or, in his absence, by any person appointed by the Minister to act as Chairman, and notification of meetings shall be issued over the signature of the Chairman, any person appointed by the Minister to act as Chairman or the Secretary. (3) The quorum of the Board shall be six members including the Chairman or any person appointed by the Minister to act as Chairman presiding. (4) Where the Board has to determine any question by a vote, and an equality of votes results, the Chairman shall have a casting vote in addition to his deliberative vote. (5) The Board may request any person, not being one of its members, to attend any meeting for the purpose of advising it or furnishing information on any matter under discussion but any person so attending shall have no right to vote. (6) Subject to the provisions of this Act, the Board shall regulate its own procedure. Minutes 2. (1) The Board shall cause minutes of all its meetings to be maintained in proper form and include a record of all decisions taken. (2) Minutes of meetings of the Board shall be duly signed and such minutes be receivable in evidence in all legal proceedings without further proof, and every meeting of the Board in respect of the proceedings of which minutes have been so made shall be deemed to have been duly convened and held and all members thereat to have been duly qualified to act. Common seal 3. (1) The Organization shall have a common seal which shall bear such device as the Board shall approve, and such seal may from time to time be broken, changed, altered or made anew as the Board may think fit. (2) Until a seal is provided by the Board a stamp bearing the description “Pertubuhan Keselamatan Sosial” may be used and shall be deemed to be a common seal. (3) The common seal or the stamp referred to in subparagraph (2) shall be kept in the custody of the Director General or such other person as may be authorized by the Board and shall be authenticated by either the Chairman or such person as may be authorized by the Board in writing; and all deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with the said seal authenticated as aforesaid, shall until the contrary is proved be deemed to have been validly executed: Provided that any document or instrument which if executed by a person not being a body corporate would not be required under seal, may in like manner be executed by the Board and any such document or instrument may be executed on behalf of the Board by an officer or servant of the Organization generally or specially authorized by the Board in that behalf. (4) All courts, judges and persons acting judicially shall take judicial notice of the seal of the Organization. Validity of act or proceedings 4. No act or proceedings taken under this Act shall be questioned on the ground— (a) of any vacancy in the membership of, or of any defect in the constitution of the Board; or (b) of any omission, defect or irregularity not affecting the merits of the case.

Malay text (authoritative)

JADUAL KEENAM

[Seksyen 59 D] Mesyuarat 1. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali dalam setiap tahun. (2) Mesyuarat Lembaga hendaklah dipanggil oleh Pengerusi atau, jika dia tidak ada, oleh mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri untuk bertindak sebagai Pengerusi, dan pemberitahuan mesyuarat hendaklah dikeluarkan dengan ditandatangani oleh Pengerusi, mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri untuk bertindak sebagai Pengerusi atau Setiausaha. (3) Kuorum bagi Lembaga ialah enam orang ahli termasuk Pengerusi atau mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri untuk bertindak sebagai Pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat. (4) Jika Lembaga terpaksa memutuskan sesuatu soal dengan undi, dan bilangan undi didapati sama banyak, Pengerusi berhak memberikan suatu undi pemutus selain undi asalnya. (5) Lembaga boleh meminta seseorang, yang bukan ahlinya, menghadiri sesuatu mesyuarat bagi maksud menasihatinya atau memberikan maklumat mengenai apa-apa perkara dalam perbincangan tetapi orang itu tidak berhak mengundi. (6) Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri. Minit 2. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dalam bentuk yang wajar dan memasukkan rekod mengenai semua keputusan yang telah diambil. (2) Minit mesyuarat Lembaga hendaklah ditandatangani dengan sewajarnya dan minit itu boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa dibuktikan lagi, dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit mengenai perjalanannya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan sebagai telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua ahli yang hadir sebagai telah berkelayakan dengan sewajarnya untuk bertindak. Meterai perbadanan 3. (1) Pertubuhan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang bereka bentuk seperti yang diluluskan oleh Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau diperbaharui sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Pertubuhan Keselamatan Sosial” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai suatu meterai perbadanan. (3) Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai tersebut yang disahkan seperti yang tersebut di atas, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki dimeterai boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Lembaga dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh seorang pegawai atau pekhidmat Pertubuhan yang diberi kuasa secara am atau secara khas oleh Lembaga bagi maksud itu. (4) Semua mahkamah, hakim dan orang yang bertindak sebagai hakim hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman akan meterai Pertubuhan. Sahnya tindakan atau prosiding 4. Tiada apa-apa tindakan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan— (a) sesuatu kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan Lembaga; atau (b) sesuatu ketinggalan, kecacatan atau salah aturan yang tidak menyentuh merit kes yang berkenaan.

Read this section in the full act →

Find Act 4 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next