My bookmarksSign up free
← Employees’ Social Security Act 1969

Employees’ Social Security Act 1969 Eighth Schedule

Employees’ Social Security Act 1969 Eighth Schedule

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

Eighth Schedule EIGHTH SCHEDULESupplementary

[Section 20A] SURVIVORS’ PENSION 1. Daily rate of survivors’ pension shall be the amount of the monthly rate of invalidity pension paid or payable to the deceased insured person for the month immediately preceding the month of death divided by the number of days in the month in which the pension is paid or payable. 2. Where the insured person has not attained fifty-five years of age but has completed the full qualifying period as specified under section 17A, the daily rate of survivors’ pension shall be a basic amount equivalent to fifty per cent of his average monthly wage, increased by one per cent of the average monthly wage for every twelve months contributions paid in excess of the first twenty-four months, but subject to the maximum of sixty-five per cent of the average monthly wage in respect of him during the period between the date when contributions first become payable by him and the date of his death, divided by the number of days in the month in which the pension is paid or payable. 3. Where an insured person has not attained fifty-five years of age but has completed the reduced qualifying period as specified under section 17A, the daily rate of survivors’ pension shall be an amount equivalent to fifty per cent of his average monthly wage divided by the number of days in the month in which the pension is paid or payable. 4. (1) The term “average monthly wage” as mentioned in paragraphs 2 and 3 refers to the average of assumed monthly wage corresponding to the last twenty-four monthly contributions in respect of the insured person which have been paid immediately before the date of his death: Provided that a minimum average monthly wage shall be three hundred and forty- two ringgit and eighty-six sen subject to such amount as may be prescribed by the Minister from time to time by regulations. (2) Assumed monthly wage to which a monthly contribution corresponds shall be deemed to be as indicated in the Fourth Schedule. 5. Daily rate of survivors’ pension shall be payable as follows: (a) for the widow or widower, an amount equivalent to three-fifths of the daily rate of survivors’ pension; (b) for each child, two-fifths of the daily rate of survivors’ pension: Provided that if the total of survivors’ pension distributed among the widow or widower and children exceeds at any time the daily rate of survivors’ pension, the share of each dependant shall be proportionately reduced so that the total amount payable does not exceed the daily rate of survivors’ pension: Provided further that the daily rate of survivors’ pension for each child shall be three-fifths of the daily rate of survivors’ pension if there is no widow or widower or if the widow or widower dies, and if there be more than one child, the amount payable shall be equally divided among them. 6. If an insured person who is in receipt of invalidity pension, or if an insured person who has not attained fifty-five years of age but has completed a full or reduced qualifying period as specified under section 17A, dies and does not leave a widow or widower or child, survivors’ pension shall be payable to other dependants as follows: (a) to a parent or grandparent, for life, an amount equivalent to four-tenths of the daily rate of survivors’ pension, and if there are two or more parents or grandparents, the amount payable shall be divided equally among them; (b) to any other dependant until marriage or until he attains the age of twenty- one years, whichever is the earlier, or if widowed until re-marriage or until he attains the age of twenty-one years, whichever is the earlier, an amount equivalent to three-tenths of the daily rate of survivors’ pension, and if there is more than one dependant under this subparagraph, the amount payable shall be divided equally among them. 7. (Deleted by Act A1232).

Malay text (authoritative)

JADUAL KELAPAN

[Seksyen 20 A] PENCEN PENAKAT 1. Kadar harian pencen penakat hendaklah amaun kadar bulanan pencen ilat yang telah dibayar atau kena dibayar kepada orang berinsurans yang telah mati bagi bulan sebelum sahaja bulan kematiannya dibahagikan dengan bilangan hari dalam bulan yang pencen itu telah dibayar atau kena dibayar. 2. Jika orang berinsurans itu belum mencapai umur lima puluh lima tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 17A, kadar harian pencen penakat hendaklah amaun pokok yang sama banyak dengan lima puluh peratus daripada gaji bulanan purata ditambah satu peratus gaji bulanan purata bagi tiap-tiap dua belas bulan caruman yang telah dibayar melebihi dua puluh empat bulan yang pertama, tetapi tertakluk kepada maksimum enam puluh lima peratus gaji bulanan purata baginya dalam tempoh antara tarikh apabila caruman mula-mula menjadi kena dibayar olehnya dengan tarikh kematiannya dibahagikan dengan bilangan hari dalam bulan yang pencen telah dibayar atau kena dibayar. 3. Jika seseorang orang berinsurans belum mencapai umur lima puluh lima tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan yang dikurangkan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 17 A , kadar harian pencen penakat hendaklah suatu amaun yang sama banyak dengan lima puluh peratus daripada gaji bulanan purata dibahagikan dengan bilangan hari dalam bulan yang pencen telah dibayar atau kena dibayar. 4. (1) Istilah “gaji bulanan purata” sebagaimana yang disebut dalam perenggan 2 dan 3 adalah merujuk kepada gaji bulanan purata anggapan yang bersamaan dengan dua puluh empat caruman bulanan yang akhir bagi orang berinsurans itu yang telah dibayar sebelum sahaja tarikh kematiannya: Dengan syarat bahawa gaji bulanan purata minimum ialah tiga ratus empat puluh dua ringgit dan lapan puluh enam sen tertakluk kepada apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui peraturan- peraturan. (2) Gaji bulanan anggapan yang bersamaan dengan caruman bulanan hendaklah disifatkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat. 5. Kadar harian pencen penakat adalah kena dibayar seperti yang berikut: (a) bagi balu atau duda, suatu amaun sebanyak tiga perlima daripada kadar harian pencen penakat; (b) bagi tiap-tiap anak, dua perlima daripada kadar harian pencen penakat: Dengan syarat bahawa jika jumlah pencen penakat yang dibahagikan antara balu atau duda dan anak-anak pada bila-bila masa adalah lebih daripada kadar harian pencen penakat, bahagian tiap-tiap orang tanggungan hendaklah dikurangkan mengikut kadar supaya jumlah amaun kena dibayar tidak melebihi kadar harian pencen penakat: Dengan syarat selanjutnya bahawa kadar harian pencen penakat bagi tiap- tiap anak hendaklah tiga perlima daripada kadar harian pencen penakat jika tiada balu atau duda atau jika balu atau duda atau mati, dan jika ada lebih daripada seorang anak, amaun yang kena dibayar hendaklah dibahagikan sama banyak antara mereka. 6. Jika seseorang orang berinsurans yang menerima pencen ilat, atau jika seorang orang berinsurans yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau tempoh kelayakan yang dikurangkan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 17 A , mati dan tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, pencen penakat hendaklah kena dibayar kepada orang tanggungan lain seperti yang berikut: (a) kepada ibu atau bapa atau nenek atau datuk, seumur hidup, suatu amaun yang sama banyak dengan empat persepuluh kadar harian pencen penakat, dan jika terdapat dua orang atau lebih ibu atau bapa, atau nenek atau datuk, amaun yang kena dibayar hendaklah dibahagikan sama banyak antara mereka; (b) kepada mana-mana orang tanggungan lain, sehingga dia berkahwin atau sehingga dia mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana-mana yang lebih awal, atau jika telah menjadi balu sehingga dia berkahwin lagi atau sehingga dia mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang lebih awal, suatu amaun yang sama banyaknya dengan tiga persepuluh kadar harian pencen penakat dan jika terdapat lebih daripada seorang orang tanggungan di bawah subperenggan ini, maka amaun yang kena dibayar hendaklah dibahagikan sama banyak antara mereka. 7. (Dipotong oleh Akta A1232).

Read this section in the full act →

Find Act 4 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next