(1) There is hereby established, for the purposes of this Act, a fund to be administered and controlled by the Lembaga.
(2) The Fund shall consist of—
(a) such sums as may be provided from time to time for those purposes by the Parliament or the State Legislative Assembly;
(b) such sums as may be paid from time to time to the Lembaga from loans made by the Lembaga;
(c) moneys earned by the operation of any project, scheme or enterprise financed from the Fund;
(d) moneys earned or arising from any property, investments, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Lembaga;
(e) any property, investment, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Lembaga;
(f) sums borrowed by the Lembaga for the purposes of meeting any of its obligations or discharging any of its duties; and
(g) all other sums or property which may in any manner become payable to or vested in the Lembaga in respect of any matter incidental to its functions, powers and duties.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang
(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
(2) Kumpulan Wang yang hendaklah terdiri daripada—
(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;
(b) apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada pinjaman yang diberikan oleh Lembaga;
(c) wang yang didapati daripada penjalanan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(d) wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(e) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(f) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
(g) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).