Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 15 Powers of search
If a Sessions Court Judge or Magistrate is satisfied by information on oath or affirmation that there is reasonable cause to suspect that any place within his jurisdiction, whether a building or not, other than at a registered cannery, is being used to prepare pineapple or label canned pineapple he may grant a search warrant authorizing any police officer at any time or times within one month from the date thereof to enter, with such assistance as may
be required, and if need be by force, such place and every part thereof and examine the same and search for therein and seize and remove therefrom and take before a Sessions Court Judge or Magistrate any plant, machinery or implements used or intended to be used or which there is reasonable ground to suppose is in the place for the purpose of unlawfully preparing pineapple or labelling canned pineapple.
Malay text (authoritative)
Kuasa menggeledah
Jika seseorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret berpuas hati atas keterangan dengan sumpah atau ikrar bahawa terdapat sebab munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana tempat dalam bidang kuasanya, sama ada suatu bangunan atau pun tidak, selain di suatu kilang mengetin berdaftar, digunakan untuk menyediakan nanas atau melabelkan nanas bertin dia boleh memberikan suatu waran geledah yang memberi kuasa mana-mana pegawai polis pada bila-bila masa atau masa-masa dalam tempoh satu bulan dari tarikhnya untuk memasuki, dengan apa-apa bantuan sebagaimana yang dikehendaki, dan jika perlu dengan kekerasan, tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya dan memeriksanya dan menggeledah untuk mencari di dalamnya dan menyita dan mengalihkan darinya dan membawa ke hadapan seseorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret apa-apa loji, mesin atau alat yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan atau yang terdapat alasan munasabah untuk menyangka adalah di dalam tempat itu bagi maksud menyediakan nanas atau melabelkan nanas bertin dengan menyalahi undang-undang.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).