My bookmarksSign up free
← Midwives Act 1966

Midwives Act 1966 s 2

Midwives Act 1966 s 2

s 2 Interpretation

In this Act— “authorized officer” means an officer authorized under subsection 19A(1); “community nurse” means a person who holds a certificate certifying that such person has undergone a course of training for community nurses and passed the examination conducted by the Board; “Director General” means the Director General of Health, Malaysia; “emergency” means a sudden unforeseen event occurring during the course of pregnancy, childbirth, and puerperium needing prompt intervention to save the life of the mother or child; “midwife” means a person who for a fee, salary or other reward or compensation, performs services requiring an understanding of the principles and applications of procedures and techniques for the care of normal child-bearing women from the beginning of pregnancy until the end of puerperium and the care of their normal infants during the neonatal period but shall not include students in midwifery schools or training institutions who perform midwifery services under the supervision of their instructors; “nurse” means a person registered as a nurse in accordance with any written law relating to the registration of nurses for the sick; “Register” means the Register of Midwives maintained by the Registrar of Midwives in accordance with this Act; “registered medical practitioner” means a medical practitioner registered under the Medical Act 1971 [Act 50]; “rural health nurse” means a person who holds a certificate certifying that such person has undergone a course of training for rural health nurses and passed the examination conducted by the Board; “rural nurse” means a person who holds a certificate certifying that such person has undergone a course of training for rural nurses and passed the examination conducted by the Board.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini— “bidan” ertinya seseorang yang melaksanakan perkhidmatan untuk mendapatkan fi, gaji atau ganjaran atau pampasan lain yang memerlukan pemahaman mengenai prinsip dan pemakaian tatacara dan teknik bagi penjagaan perempuan yang mengandung normal dari mula kehamilan hingga akhir puerperium dan penjagaan bayi normal mereka dalam masa neonatal tetapi tidak termasuk pelajar di sekolah atau institusi latihan perbidanan yang melaksanakan perkhidmatan perbidanan di bawah penyeliaan jurulatih mereka; “Daftar” ertinya Daftar Bidan yang disenggarakan oleh Pendaftar Bidan mengikut Akta ini; “jururawat” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai jururawat mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran jururawat untuk pesakit; “jururawat kesihatan luar bandar” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan yang memperakui bahawa orang itu telah menjalani suatu kursus latihan bagi jururawat kesihatan luar bandar dan telah lulus peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga; “jururawat luar bandar” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan yang memperakui bahawa orang itu telah menjalani suatu kursus latihan bagi jururawat luar bandar dan telah lulus peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga; “jururawat masyarakat” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan yang memperakui bahawa orang itu telah menjalani suatu kursus latihan bagi jururawat masyarakat dan telah lulus peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga; “kecemasan” ertinya suatu peristiwa yang tidak diduga yang berlaku dengan tiba-tiba dalam masa kehamilan, kelahiran anak, dan puerperium yang memerlukan campur tangan segera untuk menyelamatkan nyawa ibu atau anak; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia; “pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah subseksyen 19A(1); “pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 436 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next