My bookmarksSign up free
← Co-Operative College (Incorporation) Act 1968

Co-Operative College (Incorporation) Act 1968 s 4H

Co-Operative College (Incorporation) Act 1968 s 4H

s 4H Disclosure of interest

(1) A member of the Board having, directly or indirectly, by himself or his partner— (a) any interest in any company or undertaking with which the Board proposes to enter into a contract; or (b) any interest in any such contract or in any matter under discussion by the Board, shall disclose to the Board the fact of his interest and its nature. (2) A disclosure under subsection (1) shall be recorded in the minutes of the Board and, unless specifically authorized by the Chairman, such member shall take no part in any deliberation or decision of the Board relating to the contract or matter. (3) No act or proceedings of the Board shall be invalidated on the ground that any member of the Board has contravened this section.

Malay text (authoritative)

Penzahiran kepentingan

(1) Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya— (a) apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat kontrak; atau (b) apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah dizahirkan kepada Lembaga mengenai hakikat dan jenis kepentingannya. (2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. (3) Tiada tindakan atau prosiding Lembaga boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga telah melanggar seksyen ini.

Read this section in the full act →

Find Act 437 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next