Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
s 16
(1) Subject to section 7, a foreign company incorporated under the laws of any country other than Malaysia, or of any jurisdiction within such a country, may, if it is so authorized by the laws of that country or jurisdiction, apply to the Registrar to be registered as being continued in Labuan as if it had been incorporated under this Act. : :
[Pt. III, S. 16]
(2): Upon application under subsection (1), supported by such material as he considers adequate and satisfactory, the Registrar may, if he is satisfied that the consent of such number or proportion of the shareholders, debenture-holders and creditors of the foreign company as may be required by the laws of that country or jurisdiction, and the consent of the proper officer of that country or jurisdiction, to such registration has been obtained by the company, register such company as being so continued and, if so registered, the company shall be deemed thereafter to be an offshore company incorporated under this Act and domiciled in Labuan: Provided that no foreign company may be registered under this section if
(a) it is in the process of winding up or liquidation;
(b) a receiver of its property has been appointed; or
(c) there is any scheme or order in force in relation thereto whereby the rights of creditors are suspended or restricted.
(3) The registration of a foreign company under this section shall not operate-
(a) to create a new legal entity;
(b) to prejudice or affect the continuity of the company;
(c) to affect the property of the company;
(d) to render defective any legal or other proceedings instituted, or to be instituted, by or against the company or any other person; or
(e) to affect any rights, powers, authorities, duties, orations, trabilies or obligations of the company
(4) Upon the registration of a foreign company under this section-
(a) so much of its constitution as would, if it had been incorporated under this Act, have been required by this Act to be included in its memorandum of association, shall be deemed to be the memorandum : of association of the company; and
[Pt. III, S. 16-18] Prior improval principle. Requirements as to memorandum.
(b) so much of its constitution as does not, by virtue of paragraph (a), comprise its memorandum of association, shall be deemed to be the articies of association of the company, and such deemed memorandum and articles shall be binding on the company and its members accordingly.
Malay text (authoritative)
(1) Tertakluk kepada seksyen 7, sesuatu syarikat asing yang diperbadankan di bawah undang-undang manamana negara selain daripada Malaysia, atau mana-mana bidang kuasa dalam negara tersebut, boleh, jika dibenarkan demikian oleh undang-undang negara atau bidang kuasa itu, memohon kepada Pendaftar untuk didaftarkan sebagai terus wujud di Labuan seolah-olah ia telah diperbadankan di bawah Akta ini.
(2) Apabila permohonan dibuat di bawah subseksyen
(1), disokong oleh apa-apa material yang didapatinya cukup dan memuaskan, Pendaftar boleh, jika dia berpuas hati bahawa persetujuan apa-apa bilangan atau perkadaran pemegang-pemegang syer, pemegang-pemegang debentur dan pemiutang-pemiutang syarikat asing itu sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang negara atau bidang kuasa itu, dan persetujuan pegawai yang hak bagi negara atau bidang kuasa itu, terhadap pendaftaran demikian telah didapatkan oleh syarikat itu, mendaftarkan syarikat itu sebagai terus wujud sedemikian dan, jika didaftarkan demikian, syarikat itu hendaklah selepas itu disifatkan sebagai suatu syarikat luar pesisir
O U [Bah. III, S. 16] yang diperbadankan di bawah Akta ini dan berdomisil di Labuan: Dengan syarat bahawa tiada syarikat asing boleh didaftarkan di bawah seksyen ini jika—
(a) ia adalah dalam proses penggulungan atau likuidasi;
(b) penerima bagi hartanya telah dilantik; atau
(c) terdapat apa-apa skim atau perintah yanş berkuatkuasa berhubungan dengan svarikat itt yang menurutnya hak pemiutang-pemiutang adalah digantung atau dihadkan.
(3) Pendaftaran sesuatu syarikat asing di bawah seksyen ini tidaklah boleh berkuatkuasa—
(a) mewujudkan sesuatu entiti undang-undang yang baru;
(b) menjejaskan atau menyentuh keberterusan syarikat itu;
(c) menyentuh harta syarikat itu;
(d) mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang atau lain-lain prosiding yang dimulakan, atau akan dimulakan, oleh atau terhadap syarikat itu atau mana-mana orang lain; atau
(e) menyentuh apa-apa hak, kuasa, autoriti, kewajipan, fungsi, liabiliti atau obligasi syarikat itu atau mana-mana orang lain.
(4) Apabila sesuatu syarikat asing didaftarkan di bawah seksyen ini-
(a) sekian banyak daripada perlembagaannya yang, jika ia telah diperbadankan di bawah Akta ini, dikehendaki oleh Akta ini supaya dimasukkan ke dalam memorandum persatuannya, hendaklah disifatkan sebagai memorandum persatuan syarikat itu; dan
(b) sekian banyak daripada perlembagaannya yang tidak, mengikut perenggan (a), menjadi
[Bah. III, S. 16-18] memorandum persatuannya, hendaklah disifatkan sebagai perkara-perkara persatuan syarikat itu, dan memorandum dan perkara-perkara yang disifatkan itu hendaklah mengikat syarikat itu dan anggotaanggotanya dengan sewajarnya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).